Thursday, December 16, 2010

RE : Di bawah sana

shhhh!!!!!
ada satu tempat yang bahaya di sana.
kalau aku jadi kamu aku tak ke sana,
aku perhati dulu kalau nak masuk ke sana,
orang kat sana pegang belati sebab aku bukan dari sana,
dan polis pun tak berani nak masuk dalam sana.
kalau kena pukul ambulan tak masuk dalam sana,
kalau lambat balik teksi tak seriau masuk sana,
kalau lapar pun Pizza Hut ngeri nak masuk sana,
Umpatan kata saksi Mona Lisa mati depan sana,
kereta rosak pun mereka tak berani tunda di sana,
berbagai kes tapi tak pernah masuk TV kat sana,

kalau tak pernah ke sana,
baik jgn masuk ke sana.

Aku dengar dulu beberapa orang saja bawah sana,
org kebajikan buat sewa murah bawah sana,
Jangan lalai kalau tak mahu ditipu kat bawah sana,
Untuk jam tangan downtown pun kena curi bawah sana,
Ada sorang pelacur, dia ada TONTO kat bawah sana,
aku kena pindah keluar, tak mahu mati bawah sana,
Kamu kena ke sana kalau nak tengok gangster bergaduh kat sana,
kalau kamu minta, aku tak berani ke sana,
jangan berani ke sana, sebab lubuk jahat kat sana,
kalau masuk juga, memang cari nahas kat sana,
mereka tak main-main,
anak halal....harapan kat bawah sana,
siapa nak, mahu kaya pergi sana,
mereka kerja keras sehingga mereka kuat bawah sana,
mereka ada security guard dalam stor bawah sana,
dan budak-budak jual barang yang mereka curi bawah sana..

Thursday, November 25, 2010

RE : A & Supra

Supra di pacu,
Supra Supra ku enak, Supra ku Laju,
Supra di kaki, Bila Supra Berlari,
Lupakan Air Force, Supra ku cari,

Lupakan Lancer, Supra ku GTE-JZ,
hahahhaa, kau kurang faham, Enjin ku jenis DOHC24,
Bila Supra dan aku bersekutu,
dan akibat dengan kuasa kuda 5600,
Aku berpusu..
kau aku tinggal di Km **.

Tak hairan pabila ada mata merah cemburu,
Supraku di inject trwin Turbo, ho, Jahat penuh bergaya.,
Laju dengan Tayar /50R16/225,
Jangan salah faham.
ayuh turun padang.

P/S : pengaruh Need For Speed Hot Pursuit 

Tuesday, November 23, 2010

RE : aku terfikirkan

aku terfikirkan beberapa perkara,
alangkah bagus jika dunia ini ini seperti aku fikir,
manusia mengunakan GN drive bukan minyak
aku  berfikir jika ada quantum brainwave,
dapatlah Christianna Sierra tahu isi hati Lichtendahl Tser,
alangkah bagus jika semua orang bersekutu,
hanya diri sendiri menjadi seteru,

alangkah bagus jika tiada peperangan.

hanya ada sedikit demontrasi aman.
alangkah bagus jika aku terkaya,
aku agihkan semua duit sama rata..
alangkah bagus jika aku ni juruterbang MS
aku tembak semua punca konflik!

alangkah bagus jika semua benda baik ada.
dan semua benda buruk tiada...

Friday, October 15, 2010

dan bila jiwa mula bicara


aku sudah membuat apa yang mampu,
lebih sudu dari garpu,
lebih indah dari neon lampu.
lebih bijak dari lagu,
hebat ganas mcm lembu,
dan ayat menarik ialah "thank you"

sekarang hanya lepas pada dr Yasser,
untuk bagi aku C,
atau bagi aku A,
selepas ini aku reda...

tinggal essay tesis.
pejam celik kena wat lagi,
hidup mcmni,
terikat dengan aturan masyarakat..

Wednesday, October 13, 2010

RE : Manusia ini

pada 567 yang lalu,
manusia bangun pagi dan tersenyum,
apa yang ada.
apa yang tiada
semua bagai ada,
kepada kawan ditegur,
kepada musuh teman menegur,
pada Islam ambo tegar,
pada yang kafir harbi
menanti cahaya sakti......

selepas 567 dari 1511,
kau dan kau, serta kau dan kau..
berbeza jangan kacau!
shhh!!!! apabila mati kelak,
Yassin baca sendiri ya?
(oppss!!!!! tok imam dari bandar Salak

Monday, September 13, 2010

RE : Pinjaman hati Mata biru

berseluar Evisu tahun 98,
baju seputih kain kapan,
lenggok jalan tangan menggengam,
laju macam lipan..
ah, kau sungguh anggun...

mata melilau ke kiri kenan,
tak bergerak depan belakang...
semua orang lalu, ada berjalan,
ada berkenderaan,
dia pula terhenti seketika,
namaun si mata biru melihat langit....


owh...hujan sudah mahu turun
laju dunia sangat laju,
sampai hilang semangat

Monday, August 16, 2010

RE : Puasa

Puasa menjelma kembali,
ada yang tersenyum ada yang bersimpati.
simpati pada diri,
setahun telah bergelumung dosa,
kini ampun pada Dia dipinta.....

Semua bersuka ria, di selatan jua Utara,
Timur dan barat pun sama,
Suasana Indah,

Masjid kembali diImarah,
terutama bila buka puasa dan Sahur,

Namun, ini hanya untuk sebulan sahaja,
Masjid penuh untuk penuh perut saja
Terawih sampai lapan saja
Bukan org lain, untuk aku jua

huh!!!

Sunday, June 27, 2010

RE : Cinta Taming Sari


Satu dalam sejarah,
Bercerita tentang Hang Tuah...
cintanya pada Agama, cintanya pada tanah,
di samping cintanya pada kedua,
cintanya ketiga pada Taming Sari sahaja..

Taming Sari kepunyaan Taming Sari..
berentap antara Tuah dan Taming Sari,
lagenda 20 besi dari Kaabah sendiri,
ditempa, diperasap dimelimau,
begitu upacara menguatkanmu....

Lagenda mu segah Excalibur,
di dalam hati, dan di dalam sejarah tegar....
di masa kini...
Taming Sari tiada di sisi,
Laksamana Mohd Amin Alang Duakap..
di mana Taming Sari?
Sultan Yussuf adakah sudah ke England Taming Sari kami?

barangkali...
aku adalah Taming Sari,
aku bukan ditempa, tapi diberi erti..
urat dawai, bertulangkan besi,
semangat hati semembara api,
lekuk 143,
hitam berseri,
merah bersinar..
Jika aku mahu..dan aku mahu,
akulah TAMING SARI~~~

Saturday, June 12, 2010

RE : Masa Depan

Ayuh cerita masa depan.
yang ada dikait dengan belakang
ada banyak cuba bayangkan...bagaimana masa depan.
ada yang bayangkan positif,
cipta ubat kanser dan siflis,
pakai cd, pendrive enggan menulis.
tak wujud tangga hanya lif,
dan semuanya indah bagai mimpi Khalis,

tapi aku bayangkan masa depan lusa esok,
melihat bangsa aku merengkok,
bukan terduduk namun terpesok,
sebabnya lihat kembali pada esok,
buat baik bangsa aku fikir kekok.
aym berkokok, kau masih terperuk,
tarik selimut, subih Dinasour,
bangun pagi isi tengkolok,
hancur bangsa aku esok......

takkan Melayu hilang di dunia,
Kalimah Tuah dulu kala,
kalau hari ini Tuah hidup kembali,
aku yakin Tuah mati kembali,
gig dipuja, surau dijauhi,
AF diminati, Quran tak bererti,
sentuh babi enggan namun sentuh gadis dipanggil rezeki,
habiskan malam maulidur rasul di Jalan P Ramlee,
sedangkan masjid sunyi sepi,
hanya wajah pak imam tua tunggu mati...

hancur bangsa aku esok......
kalau itu pasti,
hancur bangsa aku esok......
kalau ini bukan mimpi
hancur bangsa aku esok......
hancur bangsa aku esok......

Sunday, May 30, 2010

RE : HUH!!!!!!!!

dulu, mana saja aku mahu pergi..
jangan di ajak budak itu,
bukan boleh buat apapun....

dah la masuk ke sini dengan takder adap.
tempat orang sembahyang kau pijak sedap..
celaka sungguh!!!!!

huh!!!!
kenapalah aku boleh lupa kau ni BITCH!!!!!

Wednesday, May 26, 2010

RE : Susahnya Miskin


Ya Ilahi,
betapa susahnya menjadi orang miskin,
membantu enggan, hanya megeji,
menbimbang enggan, sebaliknya dicaci,
menghormati enggan, tetapi dibenci..
oh! Ilahi, susahnya menjadi miskin....

jika di kampung,
hilang barang, maka puncanya si miskin.
hilang buah, dituduhnya si miskin..
lain yang membuat, tetap dituding si miskin...

di sini,
makan hanya sekali sehari,
tidur pun hanya di stor bagasi,
namun tidak dihormati..
sebaliknya di maki..
di sindir dan dibenci...

bukannya mahu mohon simpati,
bukannya mahu minta sen,
jauh lagi meminta sesuap nasi,
cuma ingin meluahkan kata hati......

p/s : susahnya menjadi orang miskin

Saturday, May 22, 2010

RE : Dia yang jauh hati

Saat Gadis merenung...
langit di atas...
dan berpijak pada bumi...

di tepinya ada picagari,
dan di kanannya ada selimut hijau,
botol air minuman...dan ubat berwarna ungu..
uhh...
dan dia masih merenung..menanti sambil berdiri.
dalam hati sakit lagi
dalam badan sakit seorang diri,
sakit tak boleh dikongsi...

dan senyuman tawar
setiap kali menghidu mawar,
bau mawar seperti bau tayar,
menyeksa dan mencekik minda layar

kesimpulannya,
Apabila si dia yang jauh hati tiada,
hanya 1 dari 29 juta.
dikisahkan siapa,
kan?

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Jadi

Alhamdulillah....aku masih lagi diizinkan Allah SWT untuk masih hidup pada 12 mei 2010...ini bermakna dah genap 24 tahun aku lahir..setakat ini, aku tahu aku belum berupaya untuk ubah dunia menjadi satu tempat yang lebih baik, namun aku berusaha untuk menjadikan sedemikian rupa...
sepanjang 24 tahun hidup.....tah la, rasanya betapa banyak dosa aku wat..setiap hari mesti ada saja...T_T
dan tahun ini...
ok...sebut bab hadiah...apa yang aku mahukan sgt2 adalah sesuatu yang materialistik..iaitu MG Gundam Astray Blue Frame L ^^....

nanti aku belilah untuk diri sendiri^^

Tuesday, May 11, 2010

RE : Ayat Hari Ini

"semua ni kerja Allah s.w.t...kuasa dia..
sedangkan 02 pun kredit dengan dia,
bayar belum tentu"

Saturday, May 8, 2010

RE : Kau dan aku

Meminjam tajuk lagi Aizat : Kau aku, rasa tetiba datang ilham nak menaip

1, 2 dan cinta,
kita jadikan kolaborasi bangsa-bangsa
kau dan aku tak sama
namun kita tetap ada mata,
dua mata, dan satu senyuman,
namun kenapa jadikan fenomena benci sama?

Kau BerTuhan
dan Aku cintakan Yang Esa,
ada Dia ajar kita jahat dusta?
namun bila otak fikirkan posisi,
tangan mahukan possesi,
habis semua kita pijak sana sini?

Sampai bila mahu satu suara?
atau bila da hilang semua, tinggal apa saja?

RE : Harijadi saya

lalalala, hari jadi saya akan tiba tak lama lagi...namun, apa yang aku nak sangat2 sekarang adalah projek aku berjalan dengan sangat lancar...hik2..nak2 sangat2. Namun, apa yang aku boleh buat? hanya akulah yang dok setelkan projek aku^^

Saturday, March 27, 2010

RE : BUNKFACE : SOLDIER mediafire links


Info:
Salah satu daripada 10 lagu yang terdapat dalam album terbaru Bunkface, Phobia Phoney. Jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang.

Lirik:
You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look for away
And believe in yourself
Your name's on a shelf
A legend

Your are a soldier
The Chosen One
Bring back the heyday
Look for away
With respect and decay
Forever we will stay
together

C/O
And singing life is all
that we need
But the lies is all that
we see
Raise your hands high up
in the sky
Missing secret you will find
In your heart

Your are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We will stand and fight
At the end of the day
Together we pray

http://www.mediafire.com/?1mz5qjnqygl

p/s : jangan lupa delete selepas 24 jam dan beli album mereka.TQ. Ini hanya untuk promosi^^

Friday, March 26, 2010

RE : Mengeluh

Tak baik mengeluh, namun, inilah apa yang aku cuba nakkatakan, hati tak tenang, jiwa mula gelisah, punggung sudah panas, dan kepala rasa tak best......
  1. Projek baru run 25%
  2. duit dalam simpanan makin susut
  3. asg berlambak tak mahu buat
  4. training sofbol mula terasa tawar
  5. harapan untuk ke U Gajah Mada dipikul
  6. Exception tak berapa nak nampak
Namun, semua ni...dugaan, Ya Allah^^

Wednesday, March 24, 2010

RE : Jom Download

Plants Vs Zombies

Promotional Video:
http://www.youtube.com/watch?v=CHAbHz8iYHc&fmt=18

Download Link:
http://www.megaupload.com/?d=XB27L86L
or
http://www.mediafire.com/download.php?jmkymktnykg

System Requirements:
OS*: Windows 2000/XP/Vista
Processor: 1.2+GHz
Memory (RAM): 512+MB
Free Hard Drive Space: 65+MB
DirectX Version: 8 or later
Sound: DirectX-compatible
Video: DirectX-compatible; 128+MB
Color Quality: 16-bit or 32-bit color mode (256 colors may not work)
Controls: Keyboard and mouse

p/s : best woooo!!!!!

Monday, March 22, 2010

RE : Ayat hari ini

"I tahu i tiada dalam hati u,
But, U masih dalam hati i"

RE : Interbational Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya 2010

Salam, semalam, hari terakhir International Hot Air Balloon yang berlangsung di Putrajaya, haih, begitu ramai umat manusai yang berada kat sini, dari berbagai bangsa ( termasuk Bangladesh + Indonesia) hik2..... Jika mahu menaiki belon ini, maka kena "sign agreement" untuk mati (wah!!!!)


Seramai jam 8 pagi dah ramai orang


Belon 0h belon~~~







errrr......apakah ini?






Belon itu sangat la nice namun, betis anda lagilah nice^^

p/s : huh!!!!!sesak + lapar + kredit gambar kepada Tuan Zahir

Saturday, March 20, 2010

RE : Pesananku,



Pada 18hb yang lebas, secara tak rasminya aku telah meletakkan jawatan aku sebagai Timbalan Presiden 2, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua yang telah aku bergiat aktif selama beberapa tahun yang lepas....
perasaan? agak gembira, berbaur sedih kerana, selama ini, berbagai2...kenangan, yang telah aku lalaui bersama mereka...dan sekarang, aku tiada lagi jawatan, yang aku sandang....
Gembira, kerana masa aku sekarang untuk ALLah, kekasih, untuk study dan untuk apa yang aku mahukan....

pesananku, pada yang baru,
dikau,
kuatkanlah semangatmu..
teguhkan dalam apa yang kau percaya..
halangan akan tiba ( telahpun tiba)
sokong menyokong antara MTM lain,
Jaga yang Muslim, juga yang Bukan...
sayangi dan cintai Kolej..
dan jua jgn lupa,
bila keadaan memaksa,
jadilah anda MTM namun buken kerana Merah kuning Hitam dan Putih,
namun kerana Nama, maruah, dan Kepuasan diri...

p/s : Hik2...sangat bersenang lenang sekarang^^

Monday, March 8, 2010

RE : Calender & Event

Sudah lama agaknya aku tidak mengemaskini blog aku....
ayuh bercerita pasal Bulan MAc, antara aktiviti lepas, sedang dan akan aku kena wat ialah

5.3.2010 ; hantar proposal yang tergendala
9/10.3.2010 ; Interview bakal MTM, yeh!!!
13.3.2010 ; Malam penutup Festik,yay!!!!
14.3.2010 ; Bubar boarda rasmi, 2009/2010 ( sangat yay!!!!!)
17.3.2010 ; start projek tahun akhir, ya ha!!!!


er......akan diupdate kemudian, TQ

Tuesday, February 16, 2010

RE : Putih, Suci, Selamat Tinggal sayang~~

Hari ini, Putih da pergi meninggalkan aku....baru dua hari kami berpisah, dan dia terus tinggalkan aku......


SELAMAT JALAN PUTIH~~~MUGA KAU SUKA BERENANG DI FIRDAUSI

RE : Jom Download




Almost Alice (Alice In Wonderland OST) i-Tunes Rip (2010)


The second soundtrack, Almost Alice, features music inspired by the film by various artists. The lead single is "Alice" by Avril Lavigne, which premiered at radio on January 27, 2010. The second single will be the song "Tea Party" by Estonian Alternative singer Kerli. A special edition of the album with two extra songs will be exclusive to Hot Topic. The album is set to be released March 2, 2010

Track List:
1. Alice Performed by Avril Lavigne 2. The Poison Performed by The All-American Rejects
3. The Technicolor Phase Performed by Owl City
4. Her Name Is Alice Performed by Shinedown
5. Painting Flowers Performed by All Time Low
6. Where's My Angel Performed by Metro Station
7. Strange Performed by Tokio Hotel and Kerli
8. Follow Me Down Performed by 3OH!3 featuring Neon Hitch
9. Very Good Advice Performed by Robert Smith
10. In Transit Performed by Mark Hoppus with Pete Wentz
11. Welcome to Mystery Performed by Plain White T's
12. Tea Party Performed by Kerli
13. The Lobster Quadrille Performed by Franz Ferdinand
14. Always Running Out of Time Performed by Motion City Soundtrack
15. Fell Down a Hole Performed by Wolfmother
16. White Rabbit Performed by Grace Potter and the Nocturnals M

Download Link: Klik Sini

p/S : jangan lupa delete selepas 72 jam dan beli yang original ya?TQ^^
: bold untuk lagu yang bez & kredit untuk AMH!!!!!

Thursday, February 11, 2010

RE : Kau memang bagus

terkejut dan rasa macam, kau sama dengan yang lepas.... ikutkan hati aku, pergi mati la M***, siapa yang kisah kan....aku bukan AJK pun, jadi untuk apa aku tergedik2 beri nasihat, tolong sana sini? boleh bagitau aku, fikirkan satu Islam, maka tolong la mana yang patut, heee....kelakar!!!!!

Wahai cik ****, satu aku nak bagitau,
dinding pun ada mulut,
boleh berbunyi dan malam plak ada telinga, semua yang kau cakap, aku tahu,

ya lah!!!!! pergi la back up budak yang tak sedar kuasa tue.... go!!!!!


DANG!!!!!!!!

p/s : huh!!!!!!!

Wednesday, February 10, 2010

RE : Selamat Hari Jadi

Tiba-tiba lampu menjadi gelap, dan HAPPY BDAY!!!!!!!! Selamat Hari Jadi pada Stephanie & Loi Hean Geak ( Kublur)....heee, walau apa pun yang jadi, sayang kamu!!!!!!!!



Kek yang datang dari kegelapan, membawa senyuman dan errrr.....senyuman udah!





aku da agak lama da Rohaizam suka kat Steph!!!!^^

heee,.......

Saturday, February 6, 2010

RE : Jom Download

Liyana Jasmay _- Liyana Jasmay ( 2010 )


Track List:
01. Liyana Jasymay - Aku Tak Percaya Cinta
02. Liyana Jasymay - Aku Jatuh Cinta
03. Liyana Jasmay - Pelik
04. Liyana Jasmay ft Aizat - Penyelamat Cinta
05. Liyana Jasmay - Kejam


sesuai dengan mode tgh jiwang, aku mendedikasikan album ini pada semua yang tgh mabuk cinta, terutama kepada Cik Khairunnisa^^

p/s : sila delete selepas 72 jam dan beli yang original. Kredit pada AMH

Tuesday, January 26, 2010

RE : 1st, terlalu lancar dan sempurna


sejak berjumpa kembali, aku dengan 1st terlalu rapat. bagaikan tak pernah berpisah walau satu saat pun. dan kami da melebihi kami yang lalu.
walaupun gembira, namun, sebenarnya, aku agak hairan, dan takut. hairan untuk yang mana, reaksinya yang mana, mesejnya dan semuanya bagaikan terlalu mudah untuk kami kembali. persoalan yang mana, asyik berlegar dalam kepala otak aku ialah, segalanya terlalu lancar. dan sempurna. tch!!!!!!!
dan takut adalah aku bimbang kehilangan kembali 1st, seperti yang mana aku kehilangan dia dulu. alangkah merananya... dan menanti dia muncul, 6 tahun, sangat mensesahkan hati lemau ini.
tak bodoh untuk aku mengaku bahawa, aku da wat banyak silap, namun, silap yang paling utama ialah aku cuba mengantikan 1st dengan 6th, dan yang lain..haih!!!!! namun, aku bersyukkur untuk tidak meminta lebih dari mereka, sebab 1st adalah 1st. kan?

aku tak tau, samada ada muslihat, bukan mencuragai namun, beringat dan , huuu..... 1st, memang mampu jadikan aku gilakanya^^

Sunday, January 24, 2010

RE : Download, Jom



inilah lagu yang aku dok repeat dalam Mp3 aku dan Laptop aku. hurm, lagu ini, menarik sebab rangkap dia yang catchy dan simple, namun penuh makna...layan^^

Saturday, January 23, 2010

RE : 1st

1st,
adakah kau masih hidup?
adakah masih takut?
adakah kau fobia?
adakah kau masih di dalam?

di dalam hati masing masing,
kita mengelarnya bandar yang asing....
bermain, melawat, dan bergembira seorang,
di dalam bandar sendiri,
enggan menerima pelancong lain,
dan merah untuk jalan masuk,
kita kekal sendiri

Tuesday, January 19, 2010

RE : Mengharapkan Kini

Di saat aku mula menafikan satu ilusi,
1st datang kembali,
dia kembali di skrin biru ini,
bukan ilusi, tapi ini 1st , pasti!
sangat pasti!

1st senyum dan gayanya berdiri,
persis 1st yang aku jatuh hati,
5 676 480 000 saat yang berlari lari,
namun, 1st masih abadi.
gayanya memgang tangan,
kegilaan warna sangat selari,
dan paralel dgn si gadis yang aku jatuh hati,

1st, kenapa kau boleh ada?
kau berikan aku bagai segala,
dahulu, sekarang ini, ya,
aku mula mengharapkan semula,

difikirkan perkara postitif,
1st, mampu memperkotak katik serebelum aku,
dan serebelum aku membisu,
mengharapkan aku dapat menjengah 1st lagi,
1st yang terdahulu.

p/s : aku tak tahu apa yang akan jadi, adakah patut gembira atau takut dengan 1st.~~

Tuesday, January 12, 2010

RE : Window 7 Original^^



Wow, dia mampu beli window 7 original set^^





p/s : dia mampu beli window 7 original installer, tapi minta diskaun masa suh aku install kat laptop dia! Cesss!!!!!!^^

Friday, January 8, 2010

RE : Dia malam ini


hurm, hari ini adalah pertama kali aku berada di kerusi Presiden. Hurm...Menarik, suasana kat atas sini sangat mengujakan, yang mana, seolah aku berada diatas puncak kubu duniawi...

tapi, di sebalik malam ini, aku melihat satu yang lain, menembusi dengan apa yang ada di atas kerusi ini. Aku memerhatikan dia. Dia yang satu dalam kolej ini...aku memerhatikan dari tampuk sini, dan berbagai benda yang baik, jahat, tak senonoh, biadap, cantik, dan jelita ada di dalam kepala otak aku....

Walaupun, apa yang jadi, aku tetap sayangkan dia^^

p/s : heee.....berendut2 lagi

RE : Ayat hari ini

Bila susah, jangan mengeluh
tapi pandang atas langit, dan Lihatlah betapa sukarnya masalah boleh terjadi^^

Sunday, January 3, 2010

RE : Dari kerana mata

Tolonglah, jangan kau pandang aku seolah kau memandang terus menembusi aku,
padahal pada mulutmu masih keluar perkataan sayang padaku








p/s : DANG!!!!!!