Friday, June 26, 2009

RE : Kesayanganku

Kesayangan ku,
Aku tahu kau akan pergi dariku,
namun, diri ini tak sedia untuk itu,
tangisan demimu,
mata bengkak kerna mu,
dan juga hati sedih mengenangkan mu,

Terima atas atas didikan,
terima kasih ataas Ajaran,
Alif Ba ta Ya,
dan juga segala adap sopan,
segala tata tertib gadis ini seorang,

aku berjanji,
tidak sekali melupa memori,
tidak juga menafi,
tidak mula bezai,
tidak menfabrikasi
apatah lagi menterjemahi,
segala ajaran mu.

Kesayanganku,
Tidurlah kau di situ, Dia sayangkan dirimu lagi,
Dunia ini bukan tempat Suci, tidak selagi aku Sucikan,
Dan aku janji,
atas namamu,
Kasih Sayangmu,
Cinta mu,
Ajaranmu,
Haba badanmu,
Ketenteramanmu,
dan Senyumanmu,
Aku menjadi mulia

Takziah kepada atuk Huzairah yang meninggal pada 24/6/2009.

Monday, June 22, 2009

RE : Penyesalan


semasa aku 18, bukan di dalam kelas,
tapi berkerja keras, bukan kerja yang keras,
hati yang kena keras, hati kena bebal,
sebab aku bukan kebal,
di dalam blok
dan di kejiranan ini,
aku sendiri, hidup mati keluarga tak peduli,
Aku hanya ditemani dengan satu,
Glock& Smith 0.51.

Aku berada dalam kejiranan,
Mengedar dadah matlamat aku, konon keluar dari kemiskinan,
tapi hakikat bergelumung dengan syaitan, arak, ganja dan perempuan!
tanpa Sedari aku belakangkan Ilahi....

Apa yang cukup hanya sekali,
perniagaan bawah meja tak menjadi,
tanpa aku sedari, 1 das hinggap di dahi,
3 lagi singgah di dada kiri
1 saat aku terpaku,
selepas jatuh aku terpangu

Ingat kembali semua memori hidup
mula terbalik dari sudip,
terbalik semua dosa yang salah,
tiada siapa ajar betul salah,
dan aku sesat langkah

"dan aku berikan kau Keamanan"
Keamanan dari Allah?Tuhan?
Yang maha Esa,
Aku mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah & Nabi Muhammad
Pesuruh Allah,
Alhamdulillah,
Suara kecil berbisik
aku bebas......

Thursday, June 18, 2009

RE : Selamat Berkahwin


selamat HAri perkahwinan,
hidup menjadi makin bukan senang,
dari dulu selalu berangan
kini masa muda jadi kenangan,

kenangan dalam diri,
namun kau kini jadi isteri,
tanggungjawab jadi 3 kali,
Agama, Anak2, Suami,
dan juga diri sendiri

Suami pula satu tanggungjawab,
dulu sorang - sorang,
sekarang berteman,
dulu boleh balik malam,
sekarang memang tak dapat,
transformasi lelaki jadi ketua,
tanggungjawaab berganda,
susah senang harap bersama,
samapai azali kita bersama,
sampai kita tua

dan bagi hadirin yang tiba,
sekalian bila pula,
takkan mahu tengok saja,
masakan tak terasa,
senyuman pengantin tanda bahagia,
lambang Masjid dah dibina

Selamat hari perkahwinan
kepada Adelia

Wednesday, June 17, 2009

RE : Pengakuan yang Ikhlas


dalam Hujan, ada Allelujah, ada Peries, ada Colossaur,

"Marie : terima kasih kata Peries kerana terima Peries sebagai anak Leftenan Colossaur : itu da cukup,"

Apa yang tinggal sisa mimpi adalah kad terbalik,
diberhentikan oleh Maut yang berbisik perlahan,

kau berlagak Dingin lalu sisi aku
aku pura sejuk lalu sisimu
mengangkat tangan untuk lawan dikau,
Supaya aku boleh kembalikan kau ke sisi kebodohan yang comel,
memutuskan akal alam yang kejam,

Tema hidup juga pecah dan berteraburan ke dalam koma,
kita bencikan kita tapi tetap bernafas dalam hari kita,
itulah sebab kita memberontak,
aku tak pasti maksud perkara aku lakukan,
Namun aku tetap bodoh untuk kau,

Perasaan untuk kau yang hilang ada kembali,
sebaik sahaja aku berlagak tenang.
Sebab itulah hati kau tidak mampu melihat
konflik kelajuan Cahaya
Kenapa kau hidup di sebalik Cahaya?

Tolonglah sedar,
dan mungkin kita tak seteruk ini,
aku tertawa dan dibenci,
aku tak tahu rupa esok, namun,
aku mula sukakannya biarpun kau tiada
"Allelujah : Terima kasih untuk terus hidup. : Terima kasih untuk bagi alasan aku terus hidup"

ini aku tulis ketika dalam bas ke UPM. rangkap 1 & 2 adalah menunjukkan kebodohan aku y enggan menerima seorang gadis yang "bodoh". rangkap ke 3 pula luahan apa y aku dan dia sedang lakukan, memberontak antara satu sama lain. rangkap 4 sebaliknya menunjukkan posisi dia sekarang, apakah kerja yang di sebalik cahaya? dan yang terakhir pula aku mengharapkan aku dan dia moga2 sedar, walaupun da lewat, dan xtahu bagaimana esok, namun aku tetap sukakannya,