Showing posts with label 2 jenak. Show all posts
Showing posts with label 2 jenak. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

RE : Di bawah sana

shhhh!!!!!
ada satu tempat yang bahaya di sana.
kalau aku jadi kamu aku tak ke sana,
aku perhati dulu kalau nak masuk ke sana,
orang kat sana pegang belati sebab aku bukan dari sana,
dan polis pun tak berani nak masuk dalam sana.
kalau kena pukul ambulan tak masuk dalam sana,
kalau lambat balik teksi tak seriau masuk sana,
kalau lapar pun Pizza Hut ngeri nak masuk sana,
Umpatan kata saksi Mona Lisa mati depan sana,
kereta rosak pun mereka tak berani tunda di sana,
berbagai kes tapi tak pernah masuk TV kat sana,

kalau tak pernah ke sana,
baik jgn masuk ke sana.

Aku dengar dulu beberapa orang saja bawah sana,
org kebajikan buat sewa murah bawah sana,
Jangan lalai kalau tak mahu ditipu kat bawah sana,
Untuk jam tangan downtown pun kena curi bawah sana,
Ada sorang pelacur, dia ada TONTO kat bawah sana,
aku kena pindah keluar, tak mahu mati bawah sana,
Kamu kena ke sana kalau nak tengok gangster bergaduh kat sana,
kalau kamu minta, aku tak berani ke sana,
jangan berani ke sana, sebab lubuk jahat kat sana,
kalau masuk juga, memang cari nahas kat sana,
mereka tak main-main,
anak halal....harapan kat bawah sana,
siapa nak, mahu kaya pergi sana,
mereka kerja keras sehingga mereka kuat bawah sana,
mereka ada security guard dalam stor bawah sana,
dan budak-budak jual barang yang mereka curi bawah sana..

Tuesday, November 23, 2010

RE : aku terfikirkan

aku terfikirkan beberapa perkara,
alangkah bagus jika dunia ini ini seperti aku fikir,
manusia mengunakan GN drive bukan minyak
aku  berfikir jika ada quantum brainwave,
dapatlah Christianna Sierra tahu isi hati Lichtendahl Tser,
alangkah bagus jika semua orang bersekutu,
hanya diri sendiri menjadi seteru,

alangkah bagus jika tiada peperangan.

hanya ada sedikit demontrasi aman.
alangkah bagus jika aku terkaya,
aku agihkan semua duit sama rata..
alangkah bagus jika aku ni juruterbang MS
aku tembak semua punca konflik!

alangkah bagus jika semua benda baik ada.
dan semua benda buruk tiada...

Monday, September 13, 2010

RE : Pinjaman hati Mata biru

berseluar Evisu tahun 98,
baju seputih kain kapan,
lenggok jalan tangan menggengam,
laju macam lipan..
ah, kau sungguh anggun...

mata melilau ke kiri kenan,
tak bergerak depan belakang...
semua orang lalu, ada berjalan,
ada berkenderaan,
dia pula terhenti seketika,
namaun si mata biru melihat langit....


owh...hujan sudah mahu turun
laju dunia sangat laju,
sampai hilang semangat

Saturday, May 8, 2010

RE : Kau dan aku

Meminjam tajuk lagi Aizat : Kau aku, rasa tetiba datang ilham nak menaip

1, 2 dan cinta,
kita jadikan kolaborasi bangsa-bangsa
kau dan aku tak sama
namun kita tetap ada mata,
dua mata, dan satu senyuman,
namun kenapa jadikan fenomena benci sama?

Kau BerTuhan
dan Aku cintakan Yang Esa,
ada Dia ajar kita jahat dusta?
namun bila otak fikirkan posisi,
tangan mahukan possesi,
habis semua kita pijak sana sini?

Sampai bila mahu satu suara?
atau bila da hilang semua, tinggal apa saja?

Monday, December 14, 2009

RE : 4th Asian Jr Softball Championship END!!!!

ini fakta bukan auta

AKU AGAK TAK SUKA JADI LO!!!!!






p/s : walau bagaimanapun, 2nd base Korea mmg cantik, kalah awek aku^^

Thursday, December 10, 2009

RE : Kami

Selamat datang kepada penyinggah.

bila kau ketakutan,
beritahu aku,
aku boleh selamatkan kamu...

dan bila kau kesakitan,
mengadu aku,
aku boleh selamatkan kau....


namun, bila kau berdiri di kala kemegahan,
beritahu aku,
aku akan jauh dari kau.....

beginilah kisah kita di kala
di penghujung jalan bandar ini.

Monday, December 7, 2009

RE : Ibu di Hatiku


Orang kata aku lahir dari perut Ibu...
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku, Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, orang yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luahkan pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuu..."
Bila sakit, orang yang paling risau adalah.. Ibu
Bila exam, orang yang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, orang yang marah aku dulu.. Ibu
Yang masih peluk cium aku sampai hari ini.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selal berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, orang pertama yang aku tunjuk dan rujuk adalah.. Ibu

Sekarang aku dah punya pasangan hidup sendiri..
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut Velentine, aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut Hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
"Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kirimkan wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah...

Ingatlah bahawa Syurga kita di bawah telapak kaki Ibu.. Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Ibu terlalu besar dan tidak mungkin terbalas seperti mana yang telah mereka curahkan pada kita sejak kita kecil sehingga ke hari ini. Kasihnya Ibu hingga ke Syurga. Tiada apapun yang dapat menggantikannya.

Monday, November 16, 2009

RE :Jikalau ada Kereta api yang menjelajahi masa dan Dimensi....



Semalam aku mendapat berita, yang rakan aku, Farhana bt Ismail telah selamat menikah, dan sekarang hanya menunggu bersanding sahaja.... aku tumpang gembira... ( walaupun xder sebarang surat atau jemputan untuk aku^^)

namun, bukankah si Farhana dengan "Dia" yang mana "Dia" bukan suaminya sekarang? Atau ini salah satu not-so-Happy-Ever-After story antara Farhana dgn "Dia"?

Hurm, pendek kata, kita takder tiket Den-Liner, keretapi yang menjelajah masa dan ruang. Disebabkan tiada,
maka kita bazirkan kredit Hp semata untuk gadis yang akan bukan milik kita,
maka kita karang ayat2 cinta semata menunjukkan "aku romantik"
maka kita belanja dia makan, untuk gadis yang sah2 jadi milik orang
maka kita beli hadiah sebagai tanda kita mengingati "special occasion"
maka kita tidur pun tersenyum mengenangkan bahgianya kita.....

Fakta :
  1. sekurang2nya sebanyak 2000 msj minimum akan dihantar oleh seorang lelaki kepada gadis yang dia suka
  2. RM 200 minimum akan dihabiskan untuk hadiah
  3. dan sebanyak 5 hari akan digunakan untuk bercakap dan merewang pale otak dia pada gadis tu
dan pada penamat cerita, si gadis menikah dengan orang lain yang dia kenal selama 2 bulan...DANG!!!!!!!!!
yang penting, bukan pandai bercinta namun PANDAI - PANDAILAH BERCINTA ya!!!^^

Monday, November 9, 2009

RE : Na na Na & Dumb Dumb Dummy Durmstruck



Aku tak tahu apa nasib aku kali ini,
tak tau apa alasan aku nak bagi kat diri sendiri,
untuk sedapkan hati ni la..setakat nie, aku dok kata,ah,
"mungkin kredit dia habis," atau "jangan bimbang, dia perlukan masa,"
tak pun, "alah, sedangkan org kejer pown nak ada cuti, ni plak org y muda"
tapi, tu la yang dikatakan menipu diri sendiri.
maunya tidak, bukan macam dia jika takde mesej,
takde misscall,
atau takde apa, kosong...
agak agak, apa aku nak wat?
teruskan fikir positif, sambil hati kata menipu diri dan
otak pula dok berlegar cari punca situasi,
dan perasaan pula merayu fikir kowt salah sendiri,,,
apalah nasib aku kali nie...



p/s : melayan lagu the steam : Na na na Hey Hey (gudbye)^^

RE : 3 Hari dalam 1 Masa

Sejak 3 hari lepas,
aku selalu berkata dalam hati,
walaupun apa yang terjadi,
aku kena redha,
jika apa yang aku suka,
pergi
sebab
manusia memang mula dari kosong,
sentiasa dengan kosong,
dan mati dengan kosong...

Thursday, October 29, 2009

RE : Kesempurnaan

bila kita bercerita tentang kesempurnan,
ada apa dengan sempurna?
Siapa yang sempurna?
mungkin ramai akan menjawab.
kesempurnaan datang dari diri,
maka, ramai juga yang mengiyakan akan kesempurnaan yang tersayang.
ramai akan berkata,
"pasangan akan sempurna parasnya, bagi aku",
pasangan aku sempurna tingkah laku,
atau,
pasangan aku sempurna dari dalam dan dari luar"

Namun, harus aku ingatkan diriku dan pasangan aku yang lain,
bahawa kesempurnaan diri seseorang itu ada harganya,
sempurna dia datang dari diri,
dan sempurna dia datang dari persekitaran sendiri,

contoh terbaik,
Che Suziana Intan Aspa Zakaria,
pemegang biasiswa Dutch Lady,
Abangnya, Cik Ibrahim Aspa Zakaria,
Tukang masak di Palace, dan menunggu masa mengantikan ketua Chef,
Ayah mereka, mungkin satu satunya orang yang memiliki Volvo 122s tahun 1986
dan Ibu mereka, Fesyen designer untuk artis.
abang sulung mereka, sedang belajar Computer Graphic Model di Jepun.
Nah,
inilah maksud kesempurnaan.

Di dalam kekalutan bercinta, ada orang berani berkata
"aku cuba yang terbaik,
menawan kesempurnaan dia"

mengikut anda? apa perasaan anda?
selamatkah menawan ini?

Saturday, October 3, 2009

RE : Dilanda Cinta

Tidur jagamu tergendala
Kau terpaku di jendela
Langit yang gelap
Tak mampu membawa tidur padamu
Hatimu bergema
Gemuruh nafsu rancak berirama

Jelas kini
Kau tak mampu bertahan lagi

Naik saja matahari
Hatimu gusar menanti
Saat bertemu
Senyuman manisnya menghantuimu
Dan setiap langkahmu
Bagaikan merentas laut bergelora

Takut tapi suka
Kau mengidamkan belaiannya

Semua yang telah berlalu
Semua yang akan berlaku
Semuanya tak tentu
Kerana kau dilanda cinta

Sikit lagi kau akan percaya
Bahawa cintamu berdaya
Mencetus sebuah kuasa
Yang mampu mengubah seluruh dunia

Ramai yang telah jatuh
'Pabila semangat rapuh
Gagal untuk faham
Cinta tidak boleh digenggam
Dan kau sudah risau
Kau akan disumpah dengan kemarau

Jangan takut
Lembutkan hatimu

Semua yang telah berlalu
Semua yang akan berlaku
Semuanya tak tentu
'Pabila kau dilanda cinta

Semua yang telah berlalu
Semua yang akan berlaku
Semuanya tak tentu
Kerana kau dilanda cinta

Cinta...

p/S : dedikasi pada mereka yang mcm aku X(

Tuesday, July 28, 2009

RE : Biohazard

UPM dilanda H5N1!!!!!!!!!!!kami mendapat cuti seminggu.
UPM dilanda H5N1!!!!!!!!!!!kami mendapat cuti seminggu.

Thursday, July 9, 2009

RE : Dia yang Di Wad 45

Dia yang dalam wad 45
Badannya tidak lagi bercahaya,
dan bibirnya tidak lagi jelita,
namun dia tetap tersenyum.

Dia ingin tersenyum lama, namun badannya lemah,
dia ingin bekata "hai" tetapi badanya letih
Kudrat 5 tinggal separuh,
dan dia kena kembali bertatih

Dalam diam dia menoleh ke kiri,
kearah jendela bilik,
perkara dalam hati
Bukan ini paling sesuai untuk
"i told you so!"
Tapi siapa sanggup?

aku harap gadis dalam wad 45,
kembali seperti kau jadi idola,
kau memang jelita
kau memang hampir sempurna,
kau tetap aku puja,
dan aku mampu doa
ini semua bukan nyata

Sunday, July 5, 2009

RE : Dia Yang Lama



Dia yang lama,
Masih menanti,
Si lelaki berperisai besi,
Pergi sendiri, menentang naga api,
Entah hilang atau kembali,
Dia tidak mengerti,
Dan Dia puas menangis sendiri

Angan si Lelaki,
Sampai bila perang begini,
naga bukan satu lagi,
ada Amarah,
Ada Dengki,
Ada Jahil,
Ada Naga Nafsu,
Pula Naga Ego,
LAgi Naga Tamak,
Juga Naga Sengsara,
Termasuk naga Gelojoh
Bahu sudah lelah,
Kaki mahu Rebah, dan
Jiwa sudah Lemah
si lelaki Berperisai rindukan Dia yang Lama

Perang sudah tamat,
Dia yang Lama masih menanti,
menanti si Perisai Besi,
Adakah Kembali.....

Monday, June 22, 2009

RE : Penyesalan


semasa aku 18, bukan di dalam kelas,
tapi berkerja keras, bukan kerja yang keras,
hati yang kena keras, hati kena bebal,
sebab aku bukan kebal,
di dalam blok
dan di kejiranan ini,
aku sendiri, hidup mati keluarga tak peduli,
Aku hanya ditemani dengan satu,
Glock& Smith 0.51.

Aku berada dalam kejiranan,
Mengedar dadah matlamat aku, konon keluar dari kemiskinan,
tapi hakikat bergelumung dengan syaitan, arak, ganja dan perempuan!
tanpa Sedari aku belakangkan Ilahi....

Apa yang cukup hanya sekali,
perniagaan bawah meja tak menjadi,
tanpa aku sedari, 1 das hinggap di dahi,
3 lagi singgah di dada kiri
1 saat aku terpaku,
selepas jatuh aku terpangu

Ingat kembali semua memori hidup
mula terbalik dari sudip,
terbalik semua dosa yang salah,
tiada siapa ajar betul salah,
dan aku sesat langkah

"dan aku berikan kau Keamanan"
Keamanan dari Allah?Tuhan?
Yang maha Esa,
Aku mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah & Nabi Muhammad
Pesuruh Allah,
Alhamdulillah,
Suara kecil berbisik
aku bebas......

Tuesday, April 28, 2009

Tun M


berlangsung di Yayasan Perdana Menteri, Putrajaya, sepetang bersama Tun M. Topik, imej dan reputasi dalam dunia pemimpin, agak ramai yang hadir, dan beerapa kerat sahaja yang aku kenali, seperti Rabeeyatool, dan, urm.....dia saja kot

Di Yayasan Perdana Menteri


Itu Tun M,jika kamu nampak




Populariti mengalahkan selebriti

pesanan beliau pada hari itu, "smile is the real reward, that is leadership"

Tuesday, April 21, 2009

Aku dan Suri*an


suri : lupakan yang lepas dan maju ke depan!!!!
suri*an : ah yer, lupakan yang lepas menjadikan ko orang yang tak kenang budi

suri : maafkan mereka,
suri*an : supaya mereka dapat ulang silap yang sama, dan minta maaf balik?

suri : sedangkan Nabi ampunkan umat,
suri*an : sedar la sikit ja, ko bukan Nabi...


suri : jangan berdendam lagi
suri*an : eh, dendam adalah benda yang buat ko bergerak, jika tak, ko adalah sampah!

suri : mereka siapa untuk ko perlakukan begini?
suri*an : siapa kau untuk mereka perlakukan begini?

suri :maafkan mereka
suri*an : ko memang hati lembik, macam kerak nasi...

suri : habis?apa lagi yang ko boleh buat?
suri*an : jangan jadi hipokrit! ko suka berlari kan?tinggalkan mereka yang ko nak tinggalkan kat belakang dan biar diorg tengok belakang kau saja. bukan itu kau?
suri :............
suri*an : ha, memang betul.....kan?

suri : diam!!!!!!!!dan diam!!!!!

Thursday, April 9, 2009

RE : Aksi

sambungan gambar dan post : keluarga baru sofbol, aku upload....
Aksi Sliding

Aksi Catcher & 3rd Base

Aksi Kelaparan

Aksi Pitching

Aksi Sakit

Aksi Melompat Sin Chan

Bukti Aksi Faruk


Dari kiri : Sin Chan, Komeng, Kadi, ????, Zul, Musang, Sukai, Tepong,
Bawah kiri : Troli, Kodok, Puna, Ghabon, Senah, Acai, Loloq

P/s : Tq kozek utk nama2 baru kami..ku3