Wednesday, November 16, 2011

RE : Di mana Kan ku cari Ganti



Not try to be pure gedik, but im addicted. MOAR!

Thursday, November 10, 2011

aman di mana?

maaf pembuka bicara,
agak lama xupdate blog,
(walaupun tak siapa y baca)

Siapa tak mau naik pangkat?
Cara baik atau cara jahat,
cara halus atau cara dashyat,
Takkan nak  kerja gaji sikit muka ketat?
mesti nak jadi maharaja tak makan benda kelat.

tapi aku tak mau naik dengan cara bangsat.
aku sayangkan semua sahabat,
kalau ni cara nora nak liwat,
kalau ini cara nora nak sebat,

aku kena reda & tawakal,

Sabar mahu lebih,
iman mahu lebih,
beza antara aku dengan "äku"
yang berakal dan yang berpaksikan nafsu
adalah perbuatan.




Tuesday, June 7, 2011

FB vs Blogger

lama mencari,
ilham bersembunyi,
mana kamu pergi? yup,
mana kamu pergi?

tanpa kamu ditepi,
dunia blogger rasa sepi,
adakah rancangan facebook menjadi?
untuk kalahkan blogspot ini?

tapi,
blogspot memang hebat!
boleh letak banyak cerita lebat,
cerita kau dan aku,
cerita aku dan Hang Jebat

Facebook pula sgt seronok,
kenal kawan seantero dunia...
oh my mind!

Monday, February 7, 2011

URGENCY of WINNING!

nenek pernah cakap, terus berada di kelas bawah jika kamu tiada sifat pentingkan kemenangan
hidup ni seperti di dalam arena judi. yang mana kuat, dia akan menang. Yang mana menang, maka dialah yang benar.
konsep ini diaplikasikan di dalam  Mahkamah, Sukan, dan hampir semua perspektif.

jangan berdalih, jangan membantah.
ini kebenaran. Jika seorang lelaki ,menipu untuk mendapat seorang
gadis yang sudah berpunya lalu berjaya,
si lelaki di pihak yang benar.

jika di dalam pertandingan sofbol, pitcher berjaya memberi knuckel
ball berkali-kali untuk menang,
maka pasukan itu benar

jika di dalam pertandingan teater, satu produksi berjaya mensabotajkan
produksi lain sehingga mereka menang, maka itu kebenaran.

definasi kebenaran adalah senang,
yang mana membuatkan pihak lain tunduk.
ya, langsung tidak cantik kan?

jika menang, maka penajaan datang berjela,
peluang melutut di pilihan kita
orang atasan akan mula membuka mata
semua wang, kabel kita rasa,
jika menang

jika kalah,
duit tiada, pergaduhan sesama pasukan
dan seronok hilang.
kita di caci...

pentingkan kemenangan menolak konsep
"owh, aku redha kalah walaupun sudah berusaha sekuat mungkin"
ini hanya kata2 golongan kelas kedua

pentingkan kemenangan menyokong konsep
aku menang, atau kau mati bersama aku

fikirkan lah

Thursday, December 16, 2010

RE : Di bawah sana

shhhh!!!!!
ada satu tempat yang bahaya di sana.
kalau aku jadi kamu aku tak ke sana,
aku perhati dulu kalau nak masuk ke sana,
orang kat sana pegang belati sebab aku bukan dari sana,
dan polis pun tak berani nak masuk dalam sana.
kalau kena pukul ambulan tak masuk dalam sana,
kalau lambat balik teksi tak seriau masuk sana,
kalau lapar pun Pizza Hut ngeri nak masuk sana,
Umpatan kata saksi Mona Lisa mati depan sana,
kereta rosak pun mereka tak berani tunda di sana,
berbagai kes tapi tak pernah masuk TV kat sana,

kalau tak pernah ke sana,
baik jgn masuk ke sana.

Aku dengar dulu beberapa orang saja bawah sana,
org kebajikan buat sewa murah bawah sana,
Jangan lalai kalau tak mahu ditipu kat bawah sana,
Untuk jam tangan downtown pun kena curi bawah sana,
Ada sorang pelacur, dia ada TONTO kat bawah sana,
aku kena pindah keluar, tak mahu mati bawah sana,
Kamu kena ke sana kalau nak tengok gangster bergaduh kat sana,
kalau kamu minta, aku tak berani ke sana,
jangan berani ke sana, sebab lubuk jahat kat sana,
kalau masuk juga, memang cari nahas kat sana,
mereka tak main-main,
anak halal....harapan kat bawah sana,
siapa nak, mahu kaya pergi sana,
mereka kerja keras sehingga mereka kuat bawah sana,
mereka ada security guard dalam stor bawah sana,
dan budak-budak jual barang yang mereka curi bawah sana..

Thursday, November 25, 2010

RE : A & Supra

Supra di pacu,
Supra Supra ku enak, Supra ku Laju,
Supra di kaki, Bila Supra Berlari,
Lupakan Air Force, Supra ku cari,

Lupakan Lancer, Supra ku GTE-JZ,
hahahhaa, kau kurang faham, Enjin ku jenis DOHC24,
Bila Supra dan aku bersekutu,
dan akibat dengan kuasa kuda 5600,
Aku berpusu..
kau aku tinggal di Km **.

Tak hairan pabila ada mata merah cemburu,
Supraku di inject trwin Turbo, ho, Jahat penuh bergaya.,
Laju dengan Tayar /50R16/225,
Jangan salah faham.
ayuh turun padang.

P/S : pengaruh Need For Speed Hot Pursuit 

Tuesday, November 23, 2010

RE : aku terfikirkan

aku terfikirkan beberapa perkara,
alangkah bagus jika dunia ini ini seperti aku fikir,
manusia mengunakan GN drive bukan minyak
aku  berfikir jika ada quantum brainwave,
dapatlah Christianna Sierra tahu isi hati Lichtendahl Tser,
alangkah bagus jika semua orang bersekutu,
hanya diri sendiri menjadi seteru,

alangkah bagus jika tiada peperangan.

hanya ada sedikit demontrasi aman.
alangkah bagus jika aku terkaya,
aku agihkan semua duit sama rata..
alangkah bagus jika aku ni juruterbang MS
aku tembak semua punca konflik!

alangkah bagus jika semua benda baik ada.
dan semua benda buruk tiada...