Wednesday, May 20, 2009

Kem Di Dalam Cuti

Seronok dan sangat mengujakan, walaupun, definasi kem ini yang panjang, iaitu, Kem Kemantapan Kepimpinan dan Kebudayaan Keusahawanan, namun, teruja dan seronok...sambil dapat berjalan di Taman Negara Pahang,





Saturday, May 16, 2009

RE : Sekali lagi

Aku sangka aku berlari membawa beban IMPIAN,
tapi, terlangkah pula di atas longgokan mayat pada lorong sempit dan terik ini,

Bukannya aku enggan menjadi seperti hari hari yang dulu,
tapi kaki aku xlarat nak berpusing lagi,
aku cuma terpangu melihat langit hilang seri,
Harapnya kau menegerti,

jangan asyik membuat muka sedih,
seolah kau saja yang menjadi mangsa
Dosa takkan pudar dengan Tangisan,
Sekali lagi, tangisan kau mengelirukan seperti pantun,
menunjukkan tiada jalan keluar?

Sekali lagi, aku mahu murka diri sendiri,
senangnya seperti menaip di dalam kertas putih,
Di mana apa titik akhir,
......inikah realiti?

Saturday, May 9, 2009

Jom Cerita Perhentian

Aku bermimpi air biru jernih,
bayu bersih,
meniup pasir putih,
lupakan segala jerit perih,
mencium diri termasing, hanya kita berdua,
hanya masing2,
layan ombak mengulung,
pegang tangan, senyum termenung,
biarkan cerita indah
biarkan cinta berjenaka....