Sunday, June 27, 2010

RE : Cinta Taming Sari


Satu dalam sejarah,
Bercerita tentang Hang Tuah...
cintanya pada Agama, cintanya pada tanah,
di samping cintanya pada kedua,
cintanya ketiga pada Taming Sari sahaja..

Taming Sari kepunyaan Taming Sari..
berentap antara Tuah dan Taming Sari,
lagenda 20 besi dari Kaabah sendiri,
ditempa, diperasap dimelimau,
begitu upacara menguatkanmu....

Lagenda mu segah Excalibur,
di dalam hati, dan di dalam sejarah tegar....
di masa kini...
Taming Sari tiada di sisi,
Laksamana Mohd Amin Alang Duakap..
di mana Taming Sari?
Sultan Yussuf adakah sudah ke England Taming Sari kami?

barangkali...
aku adalah Taming Sari,
aku bukan ditempa, tapi diberi erti..
urat dawai, bertulangkan besi,
semangat hati semembara api,
lekuk 143,
hitam berseri,
merah bersinar..
Jika aku mahu..dan aku mahu,
akulah TAMING SARI~~~

Saturday, June 12, 2010

RE : Masa Depan

Ayuh cerita masa depan.
yang ada dikait dengan belakang
ada banyak cuba bayangkan...bagaimana masa depan.
ada yang bayangkan positif,
cipta ubat kanser dan siflis,
pakai cd, pendrive enggan menulis.
tak wujud tangga hanya lif,
dan semuanya indah bagai mimpi Khalis,

tapi aku bayangkan masa depan lusa esok,
melihat bangsa aku merengkok,
bukan terduduk namun terpesok,
sebabnya lihat kembali pada esok,
buat baik bangsa aku fikir kekok.
aym berkokok, kau masih terperuk,
tarik selimut, subih Dinasour,
bangun pagi isi tengkolok,
hancur bangsa aku esok......

takkan Melayu hilang di dunia,
Kalimah Tuah dulu kala,
kalau hari ini Tuah hidup kembali,
aku yakin Tuah mati kembali,
gig dipuja, surau dijauhi,
AF diminati, Quran tak bererti,
sentuh babi enggan namun sentuh gadis dipanggil rezeki,
habiskan malam maulidur rasul di Jalan P Ramlee,
sedangkan masjid sunyi sepi,
hanya wajah pak imam tua tunggu mati...

hancur bangsa aku esok......
kalau itu pasti,
hancur bangsa aku esok......
kalau ini bukan mimpi
hancur bangsa aku esok......
hancur bangsa aku esok......