Sunday, June 27, 2010

RE : Cinta Taming Sari


Satu dalam sejarah,
Bercerita tentang Hang Tuah...
cintanya pada Agama, cintanya pada tanah,
di samping cintanya pada kedua,
cintanya ketiga pada Taming Sari sahaja..

Taming Sari kepunyaan Taming Sari..
berentap antara Tuah dan Taming Sari,
lagenda 20 besi dari Kaabah sendiri,
ditempa, diperasap dimelimau,
begitu upacara menguatkanmu....

Lagenda mu segah Excalibur,
di dalam hati, dan di dalam sejarah tegar....
di masa kini...
Taming Sari tiada di sisi,
Laksamana Mohd Amin Alang Duakap..
di mana Taming Sari?
Sultan Yussuf adakah sudah ke England Taming Sari kami?

barangkali...
aku adalah Taming Sari,
aku bukan ditempa, tapi diberi erti..
urat dawai, bertulangkan besi,
semangat hati semembara api,
lekuk 143,
hitam berseri,
merah bersinar..
Jika aku mahu..dan aku mahu,
akulah TAMING SARI~~~

1 comment:

matebesau said...

deep.
susah nak faham.
tp i faham.
best.