Tuesday, July 28, 2009

RE : Biohazard

UPM dilanda H5N1!!!!!!!!!!!kami mendapat cuti seminggu.
UPM dilanda H5N1!!!!!!!!!!!kami mendapat cuti seminggu.

Monday, July 20, 2009

Re : Keluh lagi si Gadis Wad 45

soalan si Gadis berbunyi begini...
" kenapa aku yang kena?
adakah sebab sembahyang tak kena?
adakah sebab jarang puasa?
mungkinkah sebab iman tiada di dada?
mungkinkah zikir tak pernah?
adakah sebab masjid tak pernah disinggah?
atau ucapan Ilahi tiada di lidah?
kenapa aku yang kena"

Jawapan aku ketika itu,
"Si Gadis, kamu akan masuk neraka kerana Dosa,
Namun, kamu akan mati awal kerana merokok"

Diam si Gadis,.....
Lalu,
"semudah itu? Bukan kerana Ilahi tak sayang?"

Balas aku ketika itu
"Ilahi pilih kita lahir,
bukan kehadiran kia tanpa zahir
Namun, kita bukan tapir,
kita ada akal untuk fikir,
kita punyai Kalimah LAILAHAILLALLAH untuk zikir,
dan kita punya Quran al Karim"


Diam si Gadis,.....
lalu 45 minit,
masih Diam si Gadis..

Friday, July 17, 2009

RE : Kisah Lupa

Pada suatu hari, aku mendengar perkataan ini daripada seorang Kaunselor Rutin aku,
daia berkata, lupakan yang lepas dan maju ke depan,
adakah aku bersetuju?
seorang kaunselor mengeluarkan hujahnya yang mana aku hampir tidak mahu dengar, namun, terpaksa aku betah satu demi satu
jikalau aku lupakan yang lepas, apa aku akan jadi orang yang lupakan diri?
aku akan lupakan kejayaan aku?
aku akan lupakan masa aku dikutuk di dalam majlis?
aku akan lupakan masa aku buat dia dan mereka tersenyum?
aku akan lupakan masa aku berdarah untuk satu- satu?
mahukah
aku lupakan kesilapan diri?
aku lupakan jasa peribadi?
aku lupakan perlindungan diri?
sanggupkah aku
lupakan musuh aku si enam jahanam?
aku lupakan semua tragedi?
aku lupakan tiga hati?
aku lupakan benda yang lepas ini,

Duhai Kaunselor, ini jawapan aku,jangan diupakan yang lepas. jika tidak kita tidak kemana. kita akan mula jadi hipokrit yang lupakan diri, lalu di hadapan kawan yang kita sakiti dengan harapan,"dia da lupakan benda yang lepas," bukan begitu?
da nampaknya, kaunselor rutin ku masih tidak dapat puaskan soalan aku, jangan lupakan yang lepas, sebaliknya biarkan yang lepas jadi penekan aku, agar akutak jadi si bodoh yang lepas yang mana aku sendiri beri definasi kebodohan itu. TQ

Saturday, July 11, 2009

RE : 100 hari bersama Najib





Hari ini, Genap 100 hari bersama Najib diadakan di KLCC. Berkonsepkan santai, dan tidak mempunyai protokol dan dijalankan, agak menarik, apa pandapat korg tentang 100 hari oleh PM?

Thursday, July 9, 2009

RE : Dia yang Di Wad 45

Dia yang dalam wad 45
Badannya tidak lagi bercahaya,
dan bibirnya tidak lagi jelita,
namun dia tetap tersenyum.

Dia ingin tersenyum lama, namun badannya lemah,
dia ingin bekata "hai" tetapi badanya letih
Kudrat 5 tinggal separuh,
dan dia kena kembali bertatih

Dalam diam dia menoleh ke kiri,
kearah jendela bilik,
perkara dalam hati
Bukan ini paling sesuai untuk
"i told you so!"
Tapi siapa sanggup?

aku harap gadis dalam wad 45,
kembali seperti kau jadi idola,
kau memang jelita
kau memang hampir sempurna,
kau tetap aku puja,
dan aku mampu doa
ini semua bukan nyata

Sunday, July 5, 2009

RE : Dia Yang Lama



Dia yang lama,
Masih menanti,
Si lelaki berperisai besi,
Pergi sendiri, menentang naga api,
Entah hilang atau kembali,
Dia tidak mengerti,
Dan Dia puas menangis sendiri

Angan si Lelaki,
Sampai bila perang begini,
naga bukan satu lagi,
ada Amarah,
Ada Dengki,
Ada Jahil,
Ada Naga Nafsu,
Pula Naga Ego,
LAgi Naga Tamak,
Juga Naga Sengsara,
Termasuk naga Gelojoh
Bahu sudah lelah,
Kaki mahu Rebah, dan
Jiwa sudah Lemah
si lelaki Berperisai rindukan Dia yang Lama

Perang sudah tamat,
Dia yang Lama masih menanti,
menanti si Perisai Besi,
Adakah Kembali.....