Tuesday, December 29, 2009

RE : GN 002 Dynames Gundam

Salam, ini adalah Gundam aku yang terbaru, GN 002 Dynames Gundam...dalam siri Gundam 00, dipandu oleh nama kod Lockon Stratos ( Neil Dylandy), Dynames merupakan unit kedua yang digandingkan bersama GN 001 Exia.

Pada penamat musim pertama, Dynames rosak teruk, manakala Lockon Stratos pula mati.^^
Walaubagaimanapun, Dynames dan Lockon Stratos adalah antara karekter yang paling macho dan cool^^.

LONG LIVE DYNAMES!!!!






salah satu model Gundam "unit sniper"^^



Thursday, December 17, 2009

RE : 100 post!


Ini adalah post aku yang ke 100!!!!!
wah, betapa gembiranya masa ini..namun, biarpun blog aku ni tak seberapa yang membacanya, terima kasih pada yang sudi menjengah^^

RE : pemenang adalah JAPAN!!!!

Semalam, berakhirnya 4th Asian Jr Softball Championship...
setelah 4 hari berlalu, maka, kejohanan yang gah ini tamat juga akhirnya..
Johan ialah Pasukan Jepun, diikuti oleh team China Taipei dan ketiga ialah team China.

Bagi sesiapa yang tidak menyaksikan perlawanan akhir, maka anda kerugian yang amat sangat!!!!


Team China Taipei

Team Japan

Team Indonesia



"kali ini, kami duduk aja,mereka menakutkan"

Team Japan Cooling Down



Change Fielding


Special Team : Technical Team^^

p/s : alangkah baik jika ada handycam dan SLR ya?

Tuesday, December 15, 2009

RE : 4th Asian Jr Softball Championship END!!!!

Esok, jam 2 petang, kita akan menyaksikan game akhir antara team terbaik Japan!!!!
Datang beramai2 ya,
waktu : 2 petang
Tempat : Padang A UPM
Tarikh : 16/12/2009

p/s : jiikalau miss, maka terpaksalah anda ke jepun untuk menyaksikan perlawanan mereka ataupun tunggu 10 tahun lagi untuk malaysia menjadi tuan rumah

Monday, December 14, 2009

RE : Biru Hati

(laju)
Aku terpaku, tangan dan kaki enggan bergerak,
aku selalu mengadu, tiada siapa mahu aku...
Walau matahari mahupun bulan, mereka bukan di sisi aku,
Aku tak Fokus, badan aku berfikir tentang misteri yang patut ada,
aku menggeletar, aku tak boleh berhenti badan kecil ini sendiri...

"aku patut cuba"
itu ayat yang aku bebelkan pada diri

sayangnya,
Halangan bukan dari aku namun, jika lari pun tiada makna
Walau aku tak tahu hari esok, namun aku gagahkan diri untuk tidur dan bangun,
kakak beritahu "jauhi pemangsa dan tahan diri"
itu diperlukan untuk menang, jika tak kau sama dengan yang kalah pada awal larian

apa yang diraikan selepas menang ialah seteguk wain,
dan setiap kekalahan akan memaniskan ia,
setiap buatan ada 2 keputusan,
dan inilah jika kau mahu kawal takdir....

mulakan menipu jika kau rasa kau mampu,
mampukan memijak jika kau setuju,
namun, yang pasti hanya satu saja...

aku kena berkorban untuk menang.....

RE : 4th Asian Jr Softball Championship END!!!!

ini fakta bukan auta

AKU AGAK TAK SUKA JADI LO!!!!!






p/s : walau bagaimanapun, 2nd base Korea mmg cantik, kalah awek aku^^

Saturday, December 12, 2009

RE ; 4th Asian Jr Championship 1

today, i learn the word "hardwork"^^. how it feel does to be honestly work and keep on trying to do the best. In this moment, i am a Liaison officer of team india..and here the tentative for today:

6.00 am : Wake up sunshine!!!
7.30 am : Let go to OCM hotel
1030 am : Hi!!My name is Safuan and i will be your Liaison officer for this period, thank You
12.00 pm : All set, let take a walk at Petaling street.
4.00 pm : Damn!!! Are all these people love to shopping?
5.30 pm : What the bad news and the gus news?tell me now : anthony
7.30 pm : now, we start the meeting for thecnical comittee
8.30 pm : Thats all for today, Thank you safuan.


p/s : gambar len kali ya?

Thursday, December 10, 2009

RE : Kami

Selamat datang kepada penyinggah.

bila kau ketakutan,
beritahu aku,
aku boleh selamatkan kamu...

dan bila kau kesakitan,
mengadu aku,
aku boleh selamatkan kau....


namun, bila kau berdiri di kala kemegahan,
beritahu aku,
aku akan jauh dari kau.....

beginilah kisah kita di kala
di penghujung jalan bandar ini.

Monday, December 7, 2009

RE : Ibu di Hatiku


Orang kata aku lahir dari perut Ibu...
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku, Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, orang yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luahkan pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuu..."
Bila sakit, orang yang paling risau adalah.. Ibu
Bila exam, orang yang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, orang yang marah aku dulu.. Ibu
Yang masih peluk cium aku sampai hari ini.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selal berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, orang pertama yang aku tunjuk dan rujuk adalah.. Ibu

Sekarang aku dah punya pasangan hidup sendiri..
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut Velentine, aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut Hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
"Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kirimkan wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah...

Ingatlah bahawa Syurga kita di bawah telapak kaki Ibu.. Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Ibu terlalu besar dan tidak mungkin terbalas seperti mana yang telah mereka curahkan pada kita sejak kita kecil sehingga ke hari ini. Kasihnya Ibu hingga ke Syurga. Tiada apapun yang dapat menggantikannya.

RE : Jom Download


Hoobastank - For(N)ever (2009)
password : mediafiregrabber

Tracklist:
01. My Turn
02. I Don’t Think I Love You
03. So Close, So Far
04. All About You
05. The Letter
06. Tears Of Yesterday
07. Sick Of Hanging On
08. You’re The One
09. Who The Hell Am I ?
10. You Need To Be Here
11. Gone Gone Gone
KLIK SINI

p/s : jangan lupa delete pas 24 jam, dan ini sekadar promosi sahaja^^

Sunday, December 6, 2009

RE : Pari Pari



Pari - pari, mana kau mahu pergi,
aku kumpulkan semua cahaya,
untuk terangkan hari esok bersama,

yaha!!!! Suara ini jelas ya?
Ya ha!!!!!! ini kegembiraan bukan jerit kesedihan,
yaha~~~
sampai cukup jelas pada telingamu,
laungkan!!!! Ya ha!!!!
Yaha!!!!!

Matahari dan Bulan pun bertepuk tangan,
Memang Pari - Pari tak lupakan sesuatu ya?
aku akan ketawa bila kau mahu pergi,
sebab hati kau Pari-Pari semua orang ada
Yaha!!!!!

Walau bersalji, kami tetap tersenyum,
Jika berhujan, kami akan bersorak,
sebab bagi Kami, Kau Pari Pari hati kami,
tapi....
Pari - pari, mana kau mahu pergi,
aku kumpulkan semua cahaya,
Untuk terangkan hari esok bersama,

Nanti ucapkan selamat tinggal!