Thursday, January 22, 2009

RE :2 Minggu yang Lepas

"Aku Hanya mampu mengigit bibir",
kerana ia mampu membuat mereka gembira
si dia mengantungkan kepalanya, dan tengelam dalam malam,
kesejukan realiti mengunyah kelembutan halunisasi aku,
pergi menyembah perang,
dengan satu alasan y mana aku kunci dalam diri,
hati dalam diri,
cerita dalam diri,
berpaling dari, aku tak mahu lihat tangisan kau,
dengan harapan, aku, dia, kami, berjumpa lagi,
sujud menanti siang dan malam

"Aku Hanya mampu mengigit bibir",
si gadis mengantungkan kepalanya,
ceritera dibuihkan dengan sinaran bulan,
"seperti bandar dihujani cahaya neon"
dengan ini
"kau mampu hidup"
Tak kisahlah apa alasan kau ada,
hati dalam diri,
cerita dalam diri,
berpaling dari, aku tak mahu lihat tangisan kau,
dengan harapan, aku, dia, kami, berjumpa lagi,
dari tingkap kecil ideologi,
tsk~~,
siapa sangka aku tidak boleh terbang?

biar dalam kesakitan,
"kau tetap sempurna sama seperti kau"
teruskan untuk percaya,
ya...

berpaling dari, aku tak mahu lihat tangisan kau,
jika aku tembak semua awan gelap,
langit pasti dikelilingi pelangi,
seperti ia tersenyum menggigit bibir,
tutup mata, dan silalah pudar.....

Thursday, January 15, 2009

konon : aku Sepatutnya Happy dapat HAPPY

Salam... Urm, 24 jam, sebelum kejadian,
aku beritahu kepada semua
" tolong datang tepat pada masa!"
aku dah tak sanggup nak telefon sana sini kerana itu bukan tanggungjawab aku!..
Dan dia datang, bawa alasan lambat pergi jumpa dekan..
Tolong la atur jadual sebaik mungkin, kerja aku bukan untuk kamu sahaja. Bukan mahu mengungkit, tapi siapa kau aku nak layan sebaik sgt?
kerja kau tak habis mengata org di belakang, dan aku langsung tak hairan jika aku pula yang masuk dalam senarai kutukan kau.
Tsk!!!
aku bukan tak matang, tapi aku nak ajar kau sikit, Tolong perasaan
yang dunia kau akan berputar sekliling kau sahaja
jika kau malu dengan abang Courier tue?
Bayangkan aku y kena sindir dengan dia sebelum tue?
ko memang hebat, sebab kau perempuan
yang boleh menang dengan air mata
oh, jangan ingat aku kisah sgt
simpati aku terhadap kau sedikit sahaja

Saturday, January 10, 2009

tajuk : Buku Billy


Selamanya terperangkap dalam satu mukasurat.
sekawan strategi dalam mata itu,
tapi resume,
aku jadi jahat dan,
jahat hub pada penjara!

racun dalam pena,
aku isytiharkan delusasi
penipuan terhadap yang impikan
keadilan ganas.

Si keliru Billy
yaha!!Moraliti
Yaha!!! Jatuhkan mereka "Eraser Rain"
Si keliru Billy
Yaha!!! Jatuhkan mereka "Eraser Rain"

Namun, jika pena tamat,
bunyi bom bunuh diri tetap ada,
aku adalah undang,
kau adalah konflik,
dan Eraser Rain akan jatuhkan kau!

dan aku mohon pada Suci Ilahi,
besikan darahku
gerak catur mindaku,
perisaikan lenganku,
dan izinkan Eraser Rain basahi jemari
dengan darah kotor....

"ERASER RAIN"
aku adalah Eraser Rain
kau Eraser Rain
kita ada Eraser Rain
kredit pada Eraser Rain

Si keliru Billy
Yaha!!! Jatuhkan mereka "Eraser Rain"

Tuesday, January 6, 2009

2 versi, satu Erti

Versi dia....
Lest time does not permit,
for time might be snatched suddenly,
this will have to stand for every utterance,
that's frozen in the breast

..............

Versi "dia"
itu deru ombak sepi,
meruncingkan lagi sepi,
mengingatkan aku segala babak kejauhan,
kelak melebar luas ke suatu yang abadi...
baru ku sedari betapa kusayangimu.....
betapa segala persiapanku,
setimpalkah segala
rawat mu, segala belaimu.....

.............................

Sunday, January 4, 2009

diceritakan kepada Suri

semalam, aku diceritakan kisah seorang yang aku definasikan sebagai berjaya, namun, keseorangan....anak jauh, suami tiada dekat, maka hidupnya didekasikan kepada kerja..namun, sejauh mana kerja mampu menemani sepi?
sehebat mana kerja mampu mengembirakan hati?
sesakti mana kerja mampu menghilangkan bosan diri?
dan,
kerja memakan diri....
perasaan janggal dan hormat bertukar jadi motivasi pagi,
Pesanan dia jadi ingatan lagi,
dan.....ungkapan Ibu selayaknya diucapkan...

Saturday, January 3, 2009

Dum dum dummy dumbstruck!!!!

Tidak lama lagi, sesi pembelajaran yang sebenar akan bermula, namun, beberapa mood aku telah hilang...alangkah indah jika di masa ini, aku dapat berada di tempat yang tinggi, kira satu dua dan tiga dan jerit, tiada siapa y peduli...... aku sekarang berada di kalangan merkka yang penting,namun tiada tanggungjawab...ketika hon dibunyikan, mereka mampu berborak besar, dan ketika kerja berlalu, mereka sekadar berpeluk tubuh,

Hussh, kakak aku pernah cakap : ketika berada di kalangan orang bodoh, aku jangan jadi bodoh...namun, jikalau ramai pula yang bodoh, mengelilingi aku y terduduk, sukar jua

mungkin, bodoh, definasinya terlalu kejam, namun,jika lupa tangggungjawab, memang bodoh bagi aku....tolong la, jikalau da besar,bekas lepasan Diploma, berlagak seperti satu! uhhhh~~~~aku bukan bencikan kamu, cuma jelik akan perangai kamu...

Thursday, January 1, 2009

Ciuman dari Sekuntum Rosa


Pernah terletak sebuah menara Jingga,
berseorangan dalam lautan sepi,
Bila tiba kau, menjadi cahaya dalam kegelapan keseorangan
Cinta menjadi steroid yang mengkhayalkan bukannya cacau

namun pernahkah kau tahu, bila salji tiba,
mata aku jadi nalar
dan cahaya kau tetap dicari, dirindui,
dipujai...

Kau tekal sebagai
kekuatanku
kenikmatanku,
kekusutanku,
kesakitanku...

Terlalu banyak apa seorang lelaki ini boleh beritahu,
terlalu banyak apa yang dia berkata, namun,
Kau tekal sebagai
kekuatanku
kenikmatanku,
kekusutanku,
kesakitanku...

(tekal = Kekal, Nalar = malar, cacau = keliru, keliru, kacau)..