Monday, July 20, 2009

Re : Keluh lagi si Gadis Wad 45

soalan si Gadis berbunyi begini...
" kenapa aku yang kena?
adakah sebab sembahyang tak kena?
adakah sebab jarang puasa?
mungkinkah sebab iman tiada di dada?
mungkinkah zikir tak pernah?
adakah sebab masjid tak pernah disinggah?
atau ucapan Ilahi tiada di lidah?
kenapa aku yang kena"

Jawapan aku ketika itu,
"Si Gadis, kamu akan masuk neraka kerana Dosa,
Namun, kamu akan mati awal kerana merokok"

Diam si Gadis,.....
Lalu,
"semudah itu? Bukan kerana Ilahi tak sayang?"

Balas aku ketika itu
"Ilahi pilih kita lahir,
bukan kehadiran kia tanpa zahir
Namun, kita bukan tapir,
kita ada akal untuk fikir,
kita punyai Kalimah LAILAHAILLALLAH untuk zikir,
dan kita punya Quran al Karim"


Diam si Gadis,.....
lalu 45 minit,
masih Diam si Gadis..

1 comment:

ex offc said...

bila nafsu menguasai akal...kita lupa akan asal usul kehidupan.....bersyukur kerana gadis masih lagi di WAD45 dan bukan di liang lahad....