Showing posts with label Hipokrit bak Gastropeda Nona. Show all posts
Showing posts with label Hipokrit bak Gastropeda Nona. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

RE : HUH!!!!


Maaf, tapi aku bizi,
( jadi kenapa kau online YM)

Jangan kau sembang kau wat kerja
( Sambil kau berpeluk tubuh)

Idea kau macam sampah, Stupid and Bitchy!!!
( Mana idea kau?)

Tolong ek, jaga sikit CGPA tue
( so, tolong la bagi aku masa untuk study)

mai pinjam menatang ni jap
( aku : terima kasih sebab pinjam)

Bajet da hafal step, da bagus sangat
( wah, itu dia ayat dari orang yang tak join dikiria)

Wajib ke train sofbol tu?
( hek eleh, tolong jangan pertikaikan level MAsUM boleh tak?)

Tolong la, wat kerja ikhlas sket
(yer, nak dengar terima kasih dari ko pown kena bayar kan?)

xder orang, malas ah nak berlatih
( kalau kalah, merungut la plak!!!!!)

yer la, aku tido tiap2 hari kul 6 pagi
(kalau melepak, melalak kejer, apa aku nak bajet?)

itu antara ayat - ayat yang aku cukup menyampah dalam seminggu yang lepas,
namun, bagi sesetengah orang, ayat sebegini macam biasa la,
namun sedar atau tidak, KAU DIKUASAI HIPOKRIT!!!!!
Dan bahagian yang paling menarik, ialah, setiap perkataan ni,aku cukup menyampah,
dan menariknya, orang sebegini yang disuka masayarakat.
Tak hairan kita makin korup.....
DANG!!!!!!

p/s : bad mood, nak g jumpa kaunselor, konfem kena syarahan moral lagi!!!!

Saturday, May 16, 2009

RE : Sekali lagi

Aku sangka aku berlari membawa beban IMPIAN,
tapi, terlangkah pula di atas longgokan mayat pada lorong sempit dan terik ini,

Bukannya aku enggan menjadi seperti hari hari yang dulu,
tapi kaki aku xlarat nak berpusing lagi,
aku cuma terpangu melihat langit hilang seri,
Harapnya kau menegerti,

jangan asyik membuat muka sedih,
seolah kau saja yang menjadi mangsa
Dosa takkan pudar dengan Tangisan,
Sekali lagi, tangisan kau mengelirukan seperti pantun,
menunjukkan tiada jalan keluar?

Sekali lagi, aku mahu murka diri sendiri,
senangnya seperti menaip di dalam kertas putih,
Di mana apa titik akhir,
......inikah realiti?

Sunday, March 22, 2009

5 kebenaran palsu pada minggu ini,


"tuntas, lantas dicantas semua di atas otak, ku peras -peras keringat untuk lepaskan, kawal emosi agar tak mudah lupa diri, apa yang terjadi biarlah terjadi"

senang sahaja ayat ni, aku dengar minggu ni. Yang patah hati biarkan merana buat seketika dan seterusnya, biarkan apa terjadi biarkan terjadi...
sepatutnya, aku tahan diri, untuk lepaskan semua yang aku harapkan. Dan aku kena tipu dengan 5 si Palsu minggu ini.
  1. jika kau mati, kami akan menangis mengingatkan kau ( ah yer, depan aku, sebab masa tu aku da berada dalam kubur, jadi aku xtau)
  2. ala rilek la, takkan pasal benda kecik ni, kau nak mengamuk satu hari? ( Priceless thing came with small boxes!!!!!!)
  3. Teruskan, aku akan sokong belakang kau ( baik, sokong sahaja, jangan kau assume aku lebih plak, faham)
  4. Saya tak kisah, namun, apa kata orang lain? ( kalau ya, kenapa ayat ni kau ulang 5 kali dalam masa 45 minit?)
  5. Helo, aku xberminat dengan kehidupan sosial kau ( dan, jangan sibuk tanyakan mana aku pergi, dengan siapa aku habiskan masa, dan apa aku wat, di mana aku berada, kan itu personal aku?)

Friday, October 10, 2008

Boleh Tak jika Kau Senyap?

Sentiasa gah Bila di Meja,
Bila kerja kau tiada,
Lidah petah bicara,
paruh segak bergaya,
namun kerja kau gila!!!!

itu adalah antara ayat yang nak sangat2 aku bagi bila aku satu meja dgn dia...Bukan mahu menyalahkan kau, tapi, tolong lah sedar taraf kau sedikit.. JIka kau masuk meeting lambat, selayaknya kau DIAM saja! kau tidak hormat pda masa, kau permainkan janji, kau rendahkan status MTM dan kau pentingkan kau lebih dari kerja!!!!!
Layak sebegini rupa?
aku bukan bagus, tapi aku gah dari kau!!!
tolong lah, Pengerusi majlis di hadapan, Hormati peri budi pekerti dia!!!
tolong lah, Senior kau di depan, jangan bising tak tentu hala!
kadang kala, bukan aku mahu mengata,
namun "Barking mere than work".....

Kadang kala, aku terasa hairan mengapa aku dikelilingi oleh orang y bodoh sombong!!!!!