Showing posts with label pelik nama. Show all posts
Showing posts with label pelik nama. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

RE : Pengakuan yang Ikhlas


dalam Hujan, ada Allelujah, ada Peries, ada Colossaur,

"Marie : terima kasih kata Peries kerana terima Peries sebagai anak Leftenan Colossaur : itu da cukup,"

Apa yang tinggal sisa mimpi adalah kad terbalik,
diberhentikan oleh Maut yang berbisik perlahan,

kau berlagak Dingin lalu sisi aku
aku pura sejuk lalu sisimu
mengangkat tangan untuk lawan dikau,
Supaya aku boleh kembalikan kau ke sisi kebodohan yang comel,
memutuskan akal alam yang kejam,

Tema hidup juga pecah dan berteraburan ke dalam koma,
kita bencikan kita tapi tetap bernafas dalam hari kita,
itulah sebab kita memberontak,
aku tak pasti maksud perkara aku lakukan,
Namun aku tetap bodoh untuk kau,

Perasaan untuk kau yang hilang ada kembali,
sebaik sahaja aku berlagak tenang.
Sebab itulah hati kau tidak mampu melihat
konflik kelajuan Cahaya
Kenapa kau hidup di sebalik Cahaya?

Tolonglah sedar,
dan mungkin kita tak seteruk ini,
aku tertawa dan dibenci,
aku tak tahu rupa esok, namun,
aku mula sukakannya biarpun kau tiada
"Allelujah : Terima kasih untuk terus hidup. : Terima kasih untuk bagi alasan aku terus hidup"

ini aku tulis ketika dalam bas ke UPM. rangkap 1 & 2 adalah menunjukkan kebodohan aku y enggan menerima seorang gadis yang "bodoh". rangkap ke 3 pula luahan apa y aku dan dia sedang lakukan, memberontak antara satu sama lain. rangkap 4 sebaliknya menunjukkan posisi dia sekarang, apakah kerja yang di sebalik cahaya? dan yang terakhir pula aku mengharapkan aku dan dia moga2 sedar, walaupun da lewat, dan xtahu bagaimana esok, namun aku tetap sukakannya,

Tuesday, November 11, 2008

DUSUN 26 : protokol 1

member bl0g aku, Pijah rajin terbitkan blog tentang DUSUN 26
uhh~~~~
pijah menceritakan kegembiraan setiap hari, kerana itu yang dia nampak.
Perfectionist seperti aku pula, sentiasa melihat dari sudut kesilapan, kerana xmahu ada kesilapan yang berupaya menjadikan agenda, senang ungkap, CHOIIII!!!!!!
Dusun 26 adalah anjuran MTM namun, kami sebagai ex-ofiicio.....yang menariknya, ada suara sumbang mengatakan sesetangah ex-officio tak wat kerja...xmenolong, ambil endah..
yang tue aku nampak.. ( suara sumbang tidak timbul dengan sendiri )
selaku protokol, aku terasa..
itu belum lagi kerjasama dari kebanyakan fasilitator yang sgt hebat!
sedar diri lambat, mahu pulak masuk dewan?lalu belakang....tak hormat orang luar...
ironinya, mahu peserta menjadi MTM,yang sedia ada..mcm ha, aku pandang rendah!
tambah menarik, bila ditegur, melenting, aku itu, aku ini, namun , jikalau tidak ditegur, makin menjadi!!!!!!uhh~~~~
sapa yang terasa, harap ubah-ubah la perangai!!!!!!
mungkin ini majlis kecilan, namun perfectionist macam aku, mahu lagi dan lagi.
oh!!!!kata aku ni sapa kisah kan? jadi, jangan kisah kalau aku kata begini, k?