Showing posts with label Tak semestinya indah. Show all posts
Showing posts with label Tak semestinya indah. Show all posts

Monday, March 22, 2010

RE : Interbational Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya 2010

Salam, semalam, hari terakhir International Hot Air Balloon yang berlangsung di Putrajaya, haih, begitu ramai umat manusai yang berada kat sini, dari berbagai bangsa ( termasuk Bangladesh + Indonesia) hik2..... Jika mahu menaiki belon ini, maka kena "sign agreement" untuk mati (wah!!!!)


Seramai jam 8 pagi dah ramai orang


Belon 0h belon~~~







errrr......apakah ini?






Belon itu sangat la nice namun, betis anda lagilah nice^^

p/s : huh!!!!!sesak + lapar + kredit gambar kepada Tuan Zahir

Monday, August 10, 2009

RE : Ada Apa Cinta 1


Jom kita cerita bab cinta. Memang sumer orang suka la topik ni, sebab, semua orang dok bercinta, namun, tahukah apa yang mengakibatkan kita suka jatuh cinta? bagaimana kita leh bosan dengan cinta, ayuh, kita berlipur lara,

ok, ADA APA DENGAN CINTA


Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat.

Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang.
Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.

Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.

Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula:
banyak cakap,
peningkatan konsentrasi dan confident,
peningkatan respon dan,
euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...),
insomnia,
decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena).

PEA juga membuatkan seseorang itu yakin,
alert dan berani mencuba sesuatu yang baru
,
sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tuesday, October 14, 2008

Tragedi di dalam syurga

Salam sejahtera ke atas dikau,
teman namun diamnya musuhku,
ku lari dikau kejar , Ku berenti aku maut...
sudah lupakah pada peri putih,
yang mana bersinar di Hari Keemasan?

Aku berada di Podium Perucapan
Majlis untuk anak cucu yang cacat,
yang cacat mencatat,
yang tak catat mencapap,
dedikasi khas pada yang tak berfungsi!

Apa yang terjadi?
Bandar kerajan tiba runtuh,
terperangkap dalam runtuh urban,
peluru meninggalkan parut,
parut dengan lubang hitam,,
ada hati lebih gelap dari kapur hitam,

Sebenarnya:
Tragedi di dalam syurga,
perbedaan yang terbeza antara perbezaan
tiada persiaan dibuat,
dengan minimum bantuan,
dan cukai yang maksima...