Wednesday, December 31, 2008

3 ceritera 2000 dan 8

2008 akan meninggalkan kita dalam masa sekejap sahaja post ini ditulis..
aku, mengingatkan kembali ceritera 3 bulan 2000 dan 8 yang menarik untuk aku ingatkan,
dan jua untuk siapa yang sudi baca..jangan gulana, post ini tak merbahaya, dan definasi poyo yang diberi utk aku oleh siapa ya baca, jangankan endah, kisah pun tidak..yang lain, ada dalam post aku selama nie....ya, mmg tak lengkap berbanding buku teks, namun sempurna bagi jiwa aku

Januari 2008
  • "jikalau kau nak pergi sangat, pergi!!!!jangan harap apa lagi..K? Aku selama nie hidup tanpa kau dan aku boleh lagi hidup tanpa kau!!!"...kata aku pada E**
  • kolej sedia untuk ditukar, Janda cedera, dan semua org menunjukkan belang
  • Menang sofbol dengan 14?menarik nya perlawanan..Puyoh, sapa kata underDog xleh Bite back?
Februari 2008
  • aku sayangkan kelas BBI aku...Dr Syarifah, menarik
  • Urm, brother" samada menang kalah, aku tetap akan jadi protokol..K?"
  • Urm...Musang, adobe Premier?ok la utk dokumentari tue
  • hu3, woolong, kita punya skrip tak jadi la
Mac 2008
  • sickestlover.blogspot.com.....ok gak kan apak ( lu jijik la wei, jiwang plak mate)
  • aku belajar "kalah pertandingan, menang perang FF UPM
  • Takziah Pa e.....

Monday, December 29, 2008

Janji aku pada " Bulan"

Semalam, aku berbicara dengan Bulan tentang peluang kedua..
Bagi Bulan, dia optimis bahawa "peluang kedua" ada
dimana, dan semua orang layak mendapat peluang kedua...
Kenapa layak?
Katanya, sebab adanya Prinsip Penyesalan dalam jiwa manusia..
Aku bantah,
sambungnya,
kenapa penting,
agar manusia dapat menebus dosa
kenapa wujud
agar yang bersalah disucikan semula..
namun, walau apa pun kata Bulan, jua sekutunya,
aku faham satu sahaja....
Peluang Kedua hanya sekali.
Dasar manusia terusan mencipta kemusnahan jika bermaharajalela
R. Ayanami pernah berkata, " Kemuncak evolusi manusia ialah kemusnahan"
Bulan patut saksikan sekarang, Melata kemusnahan dimuka bumi : salah satu dosa manusia.
R. L. Creuset pula berkata, jikalau jiwa manusia boleh diatur, maka ia halal dan dan patut dilakukan...
Perhatikan, senapang, belati, tidak membunuh manusia, namun manusia yang membunuh manusia
Kesimpulan, Lust of Endomynion, jilid akhir,
"dosa manusia adalah abadi. Taubat hanya sekali
bayaran taubat adalah hak mangsa dosa"
Realiti jauh berbeda dari mimpi manis teori

Sunday, December 28, 2008

Blog Hina Nabi : 48 jam selepasnya

berikut adalah...tindakan dari ahli masyarakat yang mengambil tindakan terhadap blog yang menghina Rasul ku..namun, itu yang tertera secara am, bagaimana yang sembunyi? Blog adalah tempat untuk kita meluahkan perasaan, namun, itu tidak bermakna niat menghalalkan perbuatan..
Permainan blog yang hina Rasul tidak sekesat kertas pasir, licin lebih dari belut dalam selut..
berikut adalah artikel dari berita Harian


Saturday, December 27, 2008

Tag Sora : Suri Sexy

urm....beberapa menjak yang lepas, dengan gahnya Sora tag aku, agar aku menyiarkan gambar yang seksi..urm, demi memelihara kesinambungan tag ( untuk apa?, aku payah nak fahami kenapa, ) yup!!!!aku setuju untuk memenuhi tag si Sora...
Gambar Sexy?urm...payah la weh....jap ek?

Gambar ni seksi sebab pen tue ada dalam gambar..Pen tue, dalam realiti, mampu membuat siapa sahaja yang memgengnya nak mencurinya ( weh?Pen pown seksi)


Urm, gambar ni seksi sebab Apak pandai pelihara warna dan kecantikan lampu ( Erk!!!!itu kira seksi gak?)

Gambar ni seksi kerana aku yang amik gambar nie...berbanding dengan Ok ek dan siapa2 yang lain, aku memang pandai ambil sudut gambar, lalu menjadikannya seksi ( Xpaham?????)

ok, seterusnya

Urm..gambar ni seksi, sebab ni kaki aku? ( hah?per nie?)

Pengakhiran, gambar ni seksi kerana dalamnya terdapat ramai orang yang posing seksi, berwajah seksi, memakai seksi, dan kualitinya yang seksi ( Ceh, cipta alasan sendiri )

Kesimpulannnya, seksi pada aku, aku sendiri yang tentukan,, iaitu, kalau tengok 2 kali aku tak bosan, ya ha da seksi la tu...ku3...harap2 sora puas hati...urm, seterusnya, aku Tag

Paez
Mel
Tiekah
Cik Tieh
NuaK
Luz_tranquila / sakeena
Fatin
Rabeeyatool
Ilie..

aku nak tengok sapa yang layan Tag nie, dan apa definasi seksi korang..ku3

Friday, December 26, 2008

Hutang Tag aku....Pijah

ok....aku berhutang tag dengan 2 org, iaitu Pijah dan Sora...satu satu ya, k?
urm....aku selesaikan tag aku dengan pijah k?

1)Do you think you're hot?
tak!!!!Langsung tak!!!!!

2)Upload your favourite picture of you?
3)Why do you like that picture?
lorrrr...sukati la..ku3...

4)When was the last time you ate pizza?
urm....masa tgok citer High School Musical yang lepas..Pijah, ko xcaya tanya pa e

5)The last song you listened to?
The Briliant Green : Ash Like Snow..masyukk!!!!!!!!
lagu ni OST Gundam 00 season 2

6)What are you doing right now besides this?
tgh tulis bebelan, tajuk dia "rindukan Suci " dan Seravee bertakhta Di Hati..tunggu dalam post aku nanti ek Pijah

7)What name would you prefer besides yours?
ku3..aku suka nama nie...
ku3

People i tag..;
1_Sora
2_Ilie
3_Paez
4_RAbeeyatool
5_mel

8)Who is number 1?
member blog aku y 1st sekali..aku sayang dia, dan blog dia gak

9)Number 3 is having a relationship with?
urm....aku tak pasti,

10)Say something about number 5?
selalu meluahkan hati dan perasaan kat aku

11)How about number 4?
Urm....Indie girl?kowt?

12)Who is number 2?
budak ppuan kolej aku

13)Say something the person who tag you.
siot pijah...banyak gila soalan!!!!leceh punya tag nak siapkan..nasib baik ko member aku..ku3..lain kali senang la sikit punya tag

episode 2


Aku memerhati jauh dari jendela kepiluan,
aku jarang mimpi,
aku terdiri membeku
nah...aku datang untuk kamu....

harapan aku berseorangan dalam kepekatan langit malam,
nada jeritan pilu yang tinggi hingga "dia" diremukkan,
kerana, setiap detik duniawi berubah bentuk,
"Mereka", "dia", "kami" yang aku ingin pertahankan,
aku sendiri yang bunuh "mereka", "dia" dan "kami".

Oh, kepekatan titisan dosa semalam membalut jaring hati,
suara kau seperti anaesthesia,
kesejukan, merampas deria

aku kira betapa lama kita mengejar perbedaan,
ia jarang berhenti,
kenapa harus aku berlawan?
dan ideal telah datang terlalu jauh untuk berhenti....

Wednesday, December 24, 2008

seketika namun kekal abdi

Sekejap saja aku jumpa dia..dan buat sekejap aku hampir meletup dada..mengarut betul. Yaa, sapa tak suka bila jumpa seorang yang cantik, dan agak sempurna bagi kaca mata diri sendiri, namun, bicara dengan hati bukan senang diri....

Hai
"Asslamualaikum."
Waalaikummusalam
"mcmna PD"
seronok sangat
"tak balik ker?"
xsempat nak balik, dari PD kursus d Melaka, pastu g PD
"tak pergi KPO? kursus pemantapan Organisasi ?"
tak la..penat
"oh ok....."
Press, tak balik ker?
"tak kowt"
oh, ok, org balik esok, sambut Krismas
"Krismas?hurm....ok???"
k, jumpa lai

siapa tak mahu bercinta, dan berkasih sayang, namun aku percaya pada istilah kufu. Aku berpegang pada pepatah "pipit sama pipit, enggang sama enggang". Itulah antara hantu pada fikiran aku. Aku pada luaran, diberi penekanan self konfiden, namun bila bicara bab hati, aku lebur diri, cair bak lilin jingga yang dimakan api biru nyalaan andalusis...biarkan dulu Suri, nanti bila jumpa dia lagi, baru kau bicara hati, dan mcm biasa, sekejap saja kan?
2 tanak nasi selepas itu, aku akan jadikan berbagai urusan Ilahi dan duniawi sebagai pegangan diri, dan pada masa itu, cinta dalam hati, berkurung nun, di hujung penjuru hati. Dia akan senyap hingga berjumpa lagi...kitaran Asura hati ini akan berkitar, sehingga....