Thursday, July 10, 2008

Cinta si Panji Putih

Mengiringi Puteri Warisan pulang ke gagang,
Nun jauh dari kayangan,
menyembah, menjunjung Duli Mulia,
Puteri Warisan Mesti tiba tiada hiba.

Puteri Warisan cintanya Panji Putih,
Cintanya Panji tiada terzahir,
segala dari sekecil zarah,
hingga sesuci Nur,
Sedihnya Panji Putih,
Cintanya dimalukan Kaiser,
Diperhambat Puteri bak kucing,
diinjak Puteri bak loceng.

pedang menari,
keris berdering,
percikan merencing,
auman Panji Putih,
amukan Panji Putih,
Pulang disangka indah rupanya berdarah!

"aku bukan sakti"
"aku tiada Taming Sari"
"aku tiada Hanuman di sisi"
namun Puteri, Tuanku,
berhancur badan memampan Puteri,
selamat dari bahaya mencari,
patik hidup atau mati,
Ketentuan Ilahi

Monday, July 7, 2008

Ayat - Ayat Cinta

ayat-ayat Cinta...
bagai sutradara institusi instuisi seni
yang berjalan di khabar gembira di dalam 3 jiwa hamba
suci, Karekternya bagai mimpi, lagi cerita bak sukar di hakiki..
namun tujuan mencari cinta abadi yang suci,
di dalam dunia yang lara.



ketika aku menulis blog ini, aku sedang cuba untuk membahagi antara akal emosi dan otak logik diri ini. Hmmm, Hamka kecil telah tiba, setakat ini. sekarang aku berada di tajuk 13, mukasurat 189, bertajuk "sepucuk surat cinta". Novel ini diberikan oleh Mina untuk aku, namun, agak janggal bagi seorang macam aku membaca novel cinta. Paling tidak, novel ini membantu aku menghilangkan kemarahan ku pada sesiapa saja. Rezeki aku, aku dikelilingi oleh sesetengah orang yang agak hipokrit! setakat ini, bagi aku, cinta yang cuba digambarkan di dalam ceritera ini adalah ceritera orang yang suci ilmiah dan jiwa bercinta. Bagaimana mereka mencintai bukan kerana suara atau rupa, bukan jua kerana harta dan asmara. Aku seikhlas munkin menjadi sekelumit sifat dari mereka. jangan lupa sekelumit, jangan lupa mungkin. entah ya atau tidak. Ceritera cinta mereka, terlalu baik.

Thursday, July 3, 2008

Sedikit Hari, Panjang Cerita...



aku tak tau samada orang muda kat sini makin kurang ajar atau hanya aku sahaja yang berfikiran lugu sebegitu? Tsk!Salahkah jika aku bertanya, Adakah kamu sakit? dan jawapan yang aku terima adalah seperti insiden Mir, Diberi Bunga Maki Diterima! TSK! Kalau Orang muda fikir mereka letih, setidaknya tolong fahami kami fasilitator yang bak mayat hidup tak senang jiwa raga memikirkan korang. kami 5, 4 kali lebih letih demi korang. jangan jadi Bak Celaka di tanah sini, wahai orang muda....

Sedikit Hari, Panjang Cerita...


hari ini antara hari yang agak menarik bagi aku.
Mula, kita cerita tentang ketuanan Melayu yang semakin terhakis. Ya, kita patut gahkan kembali, saktikan semula ketuanan Melayu pada tanah kita sendiri. namun hari ini terjadi insiden yang mana atas nama ketuanan Melayu, aku ingin tegaskan, bahawa kita LANGSUNG TIADA HAK untuk menindas yang lain! Mereka adalah ciptaan Yang Esa, dan rezeki mereka menjadi "mereka". Jangan sesekali kita gunakan cara kotor, atau sekongkong dengan kejahatan untuk menaikkan Melayu, kerana aku yakin Melayu itu suci, dan perjuangan suci ini tidak perlu cara ini! Perbaiki diri kita sendiri dan martabatkan kembali perjuangan Melayu. Aku berpesan pada diriku dan diri saudaraku,,,

Tuesday, July 1, 2008

Jom Kita Download!

ni antara lagu yang bermain di Mp3 serta laptop aku sekarang. agak manis namun dalam betul ertinya

Busta_Rhymes_feat_Linkin_Park_-_We_Made_It.mp3
Hujan_-_Jiwa_Kelajuan.mp3
T_Impak_Maksima_-_02_-_Akulah_Pejuang_-_Amy_Search.mp3


p/s : kepada Sora aku cadangkan lagu Hujan,
manakala pada pada Fatin aku cadangkan lagu Akulah Pejuang...
apa pendapat korang??

Friday, June 27, 2008

urgh!!!!Kenapa aku xleh bunuh hati?

Hari ini, selepas semua hampir berkecai dengan semua latihan di dalam kem, aku bebas, tapi kesedihan dalam hati ni macam diri ini diikat dengan dawai tajam dan dicampak jauh , nun ke dalam laut yang asing.
seminggu bekerja, badan jadi beba. Yang Kebal da tebal,hahahaha.
semalam aku ke kedai buku,
dan aku jumpa dia. dia kini gah. megah dan segah.
ha, seperti seorang yang gagah dia makin melangkah.
Bagus la. Ini adalah apa yang patut aku lakukan dari awal.
mungkin perpisahan patut lebih awal. ini dari hati yang beku. hati aku.
tapi tak mengapa, kerja aku mengikat akal, emosi dan segala bersama.
Kepada dia, ini sokongan ku kau yang punya.
berbaloi sumbangan ini kau yang punya kerana,
bibirmu yang makin berkaca, kisah mu ku baca,dan juga biarpun tiada
lagu, tetap ada suara.
dia, kenangan dulu jadi nyata. Dulu, aku pernah berlakon jadi Syaitan, dan bagimu, ia da jadi nyata.Tapi xpe, kerana sokongan ku ini kau yang punya. yaha!!!! Oh! 10 years da keluarkan album baru diorag, aku harap kau tau yang aku masih meminati band ini. Lagu ini, kau yang perkenalkan dan aku xkan lupa sampai bila...

http://www.4shared.com/file/46393654/51c64a6a/10_Years_-_Division_2008_.html

Thursday, June 26, 2008

Kapten (B) Suznan Saad

tidak sampai 24 jam yang lepas. aku berjumpa dan tidak sampai 24 jam lepas aku berpisah dengan Kapten (B) Suznan Saad. bagaikan seorang lelaki yang baru sedar bahawa minuman aku selama ini beracun, berbagai benda aku fikirkan. Dia sedarkan aku.Ha, aku minum damai yang beracun. aku xpernah sedar yang damai itu dipenuhi titisan hati benci mereka yang tidak sedar diri. Dia sedarkan aku. Dia sedarkan aku. Damai di sini ialah keamanan yang aku kecapi mmg fana dan lara. betapa bodoh aku yang tak pernah peduli negaraku, bangsaku dan Islam ku. aku terlupa bahawa aku semakin jatuh. bangsaku semakin jatuh. aku memohon pada yang Maha Esa agar dipertemukan lagi kami. Aku banyak nak belajar dari Kapten (B) Suznan Saad.