Wednesday, July 30, 2008

Freedom tiba di Lautan Amertis!!









kukukukuku!!!!!!!!!!!
Freedom skala 1/100 Master Grade siap!
amik masa sampai 2 minggu nak siapkan.
hasilnya memang best!
gempak sangat! Apa pendapat kamu semua?

Saturday, July 26, 2008

Berita gegar!berita gembira!


tahniah! aku ucapkan Tahniah pada kamu berdua.
Intan dan Zahir...
kukuku, xsangka langsung kamu berani ek?
kukukuku, Dalam dia ubi berisi, dalam diam
cinta kamu bersemi,
aku doakan kamu bahagia,
Tapi Ilahi jgn dilupa pula,
kukukuku,
jgn terlalu acap bercinta,
nanti kurang berseri pula bila akad,
kukukuku
aku doakan kamu berjaya....

nah, aku upload lagu yang kamu request untuk Dinner nanti

Desert_Rose.mp3 - Hosted on SaveFile.com
Malique_-_Kau_Yang_Punya_Feat_Najwa.mp3 - Hosted on SaveFile.com
Indecisive_-_Empty_Decorations_Kopitiam_s_Theme_.mp3 - Hosted on SaveFile.com

P/S :
kepada Sora dan Fatin, aku cadangkan kamu layan lagu Malique feat Najwa, ianya sungguh "menarik"

Monday, July 21, 2008

Malam gelap sebelum Subuh

Malam gelap sebelum Subuh,
mencari lilin menghilang gundah
gundah hati hati lemah
hati lemah jadi hati lemau,
hati lemau menunggu dia pergi
dia datang bawa erti,
mahu pergi jahanamkan kami!
hai, aku sabar tunggu subuh,selepas malam y gelap pergi.
bagusnya kami sehati, melawan takdir ini
ini bukan mimpi
tapi hakiki,
aku harap
Malam gelap sebelum Subuh
cepat pergi buat sekarang ini

Thursday, July 17, 2008

aku minta maaf, Pa e, Pijah

seminggu lepas, berlaku keputusan yang agak menegejutkan, namun impaknya, sampai sekarang aku, dan mereka yang lain terasa..
ceritera orang deteroktik, mengawal semua yang ada kat dunia..uh, maaf, celaka orang sebegini,,,
aku diminta untuk jangan berbicara di dalam mesyuarat. jangan, katanya demi semua orang. katanya ayat aku pedas, mulut aku jahat, lidah aku berbisa, namun aku rasa ia betul, dan bodoh aku, aku bodoh sangat kerana menurut permintaan arahan itu. Pa e, maaf aku mohon kerana tak dapat tolong kau tadi. Pijah, maaf kerana tak dapat pertahan kau lagi. kadangkala, aku rasa bahawa, menjadi senior yang lama kat sini, namun, aku tak dapat tolong kamu semua... maaf sangat..tah kenapa rezeki kita dapat sebegini?
Kesian kat kamu berdua, Kerja membanting tulang, menangis keringat, namun orang lain yang dapat nama. kadangkala, aku rasa nak patahkan janji aku yang berniat untuk " back up" si Kawan. kerana arahannya, 2 orang kawan, kawan aku yang aku sayang menangis..
selepas ini, aku harap pijah, pa e, korang teruskan study korang. Pedulikan Ex Official tu. Pergi mati lah semua arahan berpusat! Jahanamkan Si Deteroktik!
Tahniah Kawan, kita da buat dua orang kawan kita menangis...

Tuesday, July 15, 2008

mari kita download Ost

jom download ost ini.. tak banyak, namun, roomate aku amat gemarkan
lagu ini, dan aku yakin kamu juga begitu, silakan...

ost.zip - Hosted on SaveFile.com

p/s : mate, maaf ek?aku curi file ni tanpa pengetahuan ko,
wawawwawa!

Sunday, July 13, 2008

Sedikit Hari, Panjang Cerita...


semalaman aku tiada mampu tidur, memikirkan bagaimana harus aku mendidik pelajar baru y makin parah kondisinya. Aku bercakap, bercerita dengan kakak aku, dan mengejutkan. Kenapa aku kena berkorban mendidik mereka? siapa mereka? layakkah aku?
betulkan aku, seseorang.....
kakak aku, : si Kejam yang menjadi ibu, memberitahu aku, bahawa, tanggungjawab sesama manusia yang menyuruhkan badanku, zahirku, deriaku, dan 9 akal serta 1 nafsu bergerak demikaian. Ku cuba diketahui akal, ku cuba memedangkan akal, dan kakiku ini, melangkah gagah demi tanggunjawab...
Si Kejam menambah, ibunya yang tiada memarahinya kerana sayangkan dirinya, ibunya mencubitnya kerana tiada mahu dia ego, ibunya melarang dia keluar kerana bimbangkan dirinya, dan betapa dikesal kerana terlalu menghargai nasihat setelah Ilahi mencintai ibunya.
aku xmampu nak marah mereka acap kali, namun, sekarang ini, aku mulai berasa mereka tiada nilai untuk disayangi lagi. mungkin ini perasaan putus asa. Menyedihkan namun mulai rasa aku ni kejam.
Aku ingin melalui dunia ini hanya sekali, oleh itu apa yang dapat dilakukan yakni apa jua belas kasihan dan simpati yang boleh diberikan kepada insan, biarlah dilakukan sekarang kerana dunia ini tidak lagi aku lalui apabila kembali kepada Allah Taala.

Saturday, July 12, 2008

Kisah Panji Putih

Setakat ini, aku sekadar menghabiskan masa dengan jr. Aku cuba untuk mendidik mereka menjadi orang yang jauh lagi baik dari aku. Mereka ada sesuatu yang aku tiada iaitu masa muda. Hmm... agak sukar mendidik ini rupanya.Alhamdulillah, setakat ini, kesibukan mendidik berjaya menghalang aku dari cuba untuk melakukan benda bodoh..
Bicara tentang Panji Putih ialah bicara perasaan aku yang aku sukar untuk ungkapkan, apa lagi untuk aku campak ke laut. Setelah 24 bulan genap, aku tak tau kenapa kami berjumpa balik, tapi aku seorang pelajar dan dia seorang celebriti...bak kata Maria, Nil mulai kering kerana Mesir yang berubah..dan aku tak tau siapa y berubah. Tapi Nil aku, aku harap kau dapat tau suatu hari nanti yang aku bak Panji Putih, berhancur badan, memampan Puteri dari Bahaya mencari..

P/S : aku tau yang Nil aku takkan baca blog ini, jadi kerana itu, aku berani berkata sedemikian rupa.