Sunday, June 27, 2010

RE : Cinta Taming Sari


Satu dalam sejarah,
Bercerita tentang Hang Tuah...
cintanya pada Agama, cintanya pada tanah,
di samping cintanya pada kedua,
cintanya ketiga pada Taming Sari sahaja..

Taming Sari kepunyaan Taming Sari..
berentap antara Tuah dan Taming Sari,
lagenda 20 besi dari Kaabah sendiri,
ditempa, diperasap dimelimau,
begitu upacara menguatkanmu....

Lagenda mu segah Excalibur,
di dalam hati, dan di dalam sejarah tegar....
di masa kini...
Taming Sari tiada di sisi,
Laksamana Mohd Amin Alang Duakap..
di mana Taming Sari?
Sultan Yussuf adakah sudah ke England Taming Sari kami?

barangkali...
aku adalah Taming Sari,
aku bukan ditempa, tapi diberi erti..
urat dawai, bertulangkan besi,
semangat hati semembara api,
lekuk 143,
hitam berseri,
merah bersinar..
Jika aku mahu..dan aku mahu,
akulah TAMING SARI~~~

Saturday, June 12, 2010

RE : Masa Depan

Ayuh cerita masa depan.
yang ada dikait dengan belakang
ada banyak cuba bayangkan...bagaimana masa depan.
ada yang bayangkan positif,
cipta ubat kanser dan siflis,
pakai cd, pendrive enggan menulis.
tak wujud tangga hanya lif,
dan semuanya indah bagai mimpi Khalis,

tapi aku bayangkan masa depan lusa esok,
melihat bangsa aku merengkok,
bukan terduduk namun terpesok,
sebabnya lihat kembali pada esok,
buat baik bangsa aku fikir kekok.
aym berkokok, kau masih terperuk,
tarik selimut, subih Dinasour,
bangun pagi isi tengkolok,
hancur bangsa aku esok......

takkan Melayu hilang di dunia,
Kalimah Tuah dulu kala,
kalau hari ini Tuah hidup kembali,
aku yakin Tuah mati kembali,
gig dipuja, surau dijauhi,
AF diminati, Quran tak bererti,
sentuh babi enggan namun sentuh gadis dipanggil rezeki,
habiskan malam maulidur rasul di Jalan P Ramlee,
sedangkan masjid sunyi sepi,
hanya wajah pak imam tua tunggu mati...

hancur bangsa aku esok......
kalau itu pasti,
hancur bangsa aku esok......
kalau ini bukan mimpi
hancur bangsa aku esok......
hancur bangsa aku esok......

Sunday, May 30, 2010

RE : HUH!!!!!!!!

dulu, mana saja aku mahu pergi..
jangan di ajak budak itu,
bukan boleh buat apapun....

dah la masuk ke sini dengan takder adap.
tempat orang sembahyang kau pijak sedap..
celaka sungguh!!!!!

huh!!!!
kenapalah aku boleh lupa kau ni BITCH!!!!!

Wednesday, May 26, 2010

RE : Susahnya Miskin


Ya Ilahi,
betapa susahnya menjadi orang miskin,
membantu enggan, hanya megeji,
menbimbang enggan, sebaliknya dicaci,
menghormati enggan, tetapi dibenci..
oh! Ilahi, susahnya menjadi miskin....

jika di kampung,
hilang barang, maka puncanya si miskin.
hilang buah, dituduhnya si miskin..
lain yang membuat, tetap dituding si miskin...

di sini,
makan hanya sekali sehari,
tidur pun hanya di stor bagasi,
namun tidak dihormati..
sebaliknya di maki..
di sindir dan dibenci...

bukannya mahu mohon simpati,
bukannya mahu minta sen,
jauh lagi meminta sesuap nasi,
cuma ingin meluahkan kata hati......

p/s : susahnya menjadi orang miskin

Saturday, May 22, 2010

RE : Dia yang jauh hati

Saat Gadis merenung...
langit di atas...
dan berpijak pada bumi...

di tepinya ada picagari,
dan di kanannya ada selimut hijau,
botol air minuman...dan ubat berwarna ungu..
uhh...
dan dia masih merenung..menanti sambil berdiri.
dalam hati sakit lagi
dalam badan sakit seorang diri,
sakit tak boleh dikongsi...

dan senyuman tawar
setiap kali menghidu mawar,
bau mawar seperti bau tayar,
menyeksa dan mencekik minda layar

kesimpulannya,
Apabila si dia yang jauh hati tiada,
hanya 1 dari 29 juta.
dikisahkan siapa,
kan?

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Jadi

Alhamdulillah....aku masih lagi diizinkan Allah SWT untuk masih hidup pada 12 mei 2010...ini bermakna dah genap 24 tahun aku lahir..setakat ini, aku tahu aku belum berupaya untuk ubah dunia menjadi satu tempat yang lebih baik, namun aku berusaha untuk menjadikan sedemikian rupa...
sepanjang 24 tahun hidup.....tah la, rasanya betapa banyak dosa aku wat..setiap hari mesti ada saja...T_T
dan tahun ini...
ok...sebut bab hadiah...apa yang aku mahukan sgt2 adalah sesuatu yang materialistik..iaitu MG Gundam Astray Blue Frame L ^^....

nanti aku belilah untuk diri sendiri^^

Tuesday, May 11, 2010

RE : Ayat Hari Ini

"semua ni kerja Allah s.w.t...kuasa dia..
sedangkan 02 pun kredit dengan dia,
bayar belum tentu"