Wednesday, May 20, 2009

Kem Di Dalam Cuti

Seronok dan sangat mengujakan, walaupun, definasi kem ini yang panjang, iaitu, Kem Kemantapan Kepimpinan dan Kebudayaan Keusahawanan, namun, teruja dan seronok...sambil dapat berjalan di Taman Negara Pahang,





Saturday, May 16, 2009

RE : Sekali lagi

Aku sangka aku berlari membawa beban IMPIAN,
tapi, terlangkah pula di atas longgokan mayat pada lorong sempit dan terik ini,

Bukannya aku enggan menjadi seperti hari hari yang dulu,
tapi kaki aku xlarat nak berpusing lagi,
aku cuma terpangu melihat langit hilang seri,
Harapnya kau menegerti,

jangan asyik membuat muka sedih,
seolah kau saja yang menjadi mangsa
Dosa takkan pudar dengan Tangisan,
Sekali lagi, tangisan kau mengelirukan seperti pantun,
menunjukkan tiada jalan keluar?

Sekali lagi, aku mahu murka diri sendiri,
senangnya seperti menaip di dalam kertas putih,
Di mana apa titik akhir,
......inikah realiti?

Saturday, May 9, 2009

Jom Cerita Perhentian

Aku bermimpi air biru jernih,
bayu bersih,
meniup pasir putih,
lupakan segala jerit perih,
mencium diri termasing, hanya kita berdua,
hanya masing2,
layan ombak mengulung,
pegang tangan, senyum termenung,
biarkan cerita indah
biarkan cinta berjenaka....














Tuesday, April 28, 2009

Tun M


berlangsung di Yayasan Perdana Menteri, Putrajaya, sepetang bersama Tun M. Topik, imej dan reputasi dalam dunia pemimpin, agak ramai yang hadir, dan beerapa kerat sahaja yang aku kenali, seperti Rabeeyatool, dan, urm.....dia saja kot

Di Yayasan Perdana Menteri


Itu Tun M,jika kamu nampak




Populariti mengalahkan selebriti

pesanan beliau pada hari itu, "smile is the real reward, that is leadership"

Ceritera akhir Sem 1






seperti biasa, bila akhir sem, maka, bilik harus dikemaskan.....

Tuesday, April 21, 2009

Aku dan Suri*an


suri : lupakan yang lepas dan maju ke depan!!!!
suri*an : ah yer, lupakan yang lepas menjadikan ko orang yang tak kenang budi

suri : maafkan mereka,
suri*an : supaya mereka dapat ulang silap yang sama, dan minta maaf balik?

suri : sedangkan Nabi ampunkan umat,
suri*an : sedar la sikit ja, ko bukan Nabi...


suri : jangan berdendam lagi
suri*an : eh, dendam adalah benda yang buat ko bergerak, jika tak, ko adalah sampah!

suri : mereka siapa untuk ko perlakukan begini?
suri*an : siapa kau untuk mereka perlakukan begini?

suri :maafkan mereka
suri*an : ko memang hati lembik, macam kerak nasi...

suri : habis?apa lagi yang ko boleh buat?
suri*an : jangan jadi hipokrit! ko suka berlari kan?tinggalkan mereka yang ko nak tinggalkan kat belakang dan biar diorg tengok belakang kau saja. bukan itu kau?
suri :............
suri*an : ha, memang betul.....kan?

suri : diam!!!!!!!!dan diam!!!!!

Saturday, April 18, 2009

Ilahi, maafkan aku

Ilahi, maafkan aku kerana
  • tidak menghargai peluang insan yang Kau cipta
  • mencintai games yang melalaikan
  • berprasangka buruk terhadap orang yang tidak tahu
  • selalu menghina yang lain dalam diam
  • menipu diri sendiri..
  • makan bagai nak mati
  • dan berharap benda mati
err...tu ja kowt?