Thursday, December 16, 2010

RE : Di bawah sana

shhhh!!!!!
ada satu tempat yang bahaya di sana.
kalau aku jadi kamu aku tak ke sana,
aku perhati dulu kalau nak masuk ke sana,
orang kat sana pegang belati sebab aku bukan dari sana,
dan polis pun tak berani nak masuk dalam sana.
kalau kena pukul ambulan tak masuk dalam sana,
kalau lambat balik teksi tak seriau masuk sana,
kalau lapar pun Pizza Hut ngeri nak masuk sana,
Umpatan kata saksi Mona Lisa mati depan sana,
kereta rosak pun mereka tak berani tunda di sana,
berbagai kes tapi tak pernah masuk TV kat sana,

kalau tak pernah ke sana,
baik jgn masuk ke sana.

Aku dengar dulu beberapa orang saja bawah sana,
org kebajikan buat sewa murah bawah sana,
Jangan lalai kalau tak mahu ditipu kat bawah sana,
Untuk jam tangan downtown pun kena curi bawah sana,
Ada sorang pelacur, dia ada TONTO kat bawah sana,
aku kena pindah keluar, tak mahu mati bawah sana,
Kamu kena ke sana kalau nak tengok gangster bergaduh kat sana,
kalau kamu minta, aku tak berani ke sana,
jangan berani ke sana, sebab lubuk jahat kat sana,
kalau masuk juga, memang cari nahas kat sana,
mereka tak main-main,
anak halal....harapan kat bawah sana,
siapa nak, mahu kaya pergi sana,
mereka kerja keras sehingga mereka kuat bawah sana,
mereka ada security guard dalam stor bawah sana,
dan budak-budak jual barang yang mereka curi bawah sana..

Thursday, November 25, 2010

RE : A & Supra

Supra di pacu,
Supra Supra ku enak, Supra ku Laju,
Supra di kaki, Bila Supra Berlari,
Lupakan Air Force, Supra ku cari,

Lupakan Lancer, Supra ku GTE-JZ,
hahahhaa, kau kurang faham, Enjin ku jenis DOHC24,
Bila Supra dan aku bersekutu,
dan akibat dengan kuasa kuda 5600,
Aku berpusu..
kau aku tinggal di Km **.

Tak hairan pabila ada mata merah cemburu,
Supraku di inject trwin Turbo, ho, Jahat penuh bergaya.,
Laju dengan Tayar /50R16/225,
Jangan salah faham.
ayuh turun padang.

P/S : pengaruh Need For Speed Hot Pursuit 

Tuesday, November 23, 2010

RE : aku terfikirkan

aku terfikirkan beberapa perkara,
alangkah bagus jika dunia ini ini seperti aku fikir,
manusia mengunakan GN drive bukan minyak
aku  berfikir jika ada quantum brainwave,
dapatlah Christianna Sierra tahu isi hati Lichtendahl Tser,
alangkah bagus jika semua orang bersekutu,
hanya diri sendiri menjadi seteru,

alangkah bagus jika tiada peperangan.

hanya ada sedikit demontrasi aman.
alangkah bagus jika aku terkaya,
aku agihkan semua duit sama rata..
alangkah bagus jika aku ni juruterbang MS
aku tembak semua punca konflik!

alangkah bagus jika semua benda baik ada.
dan semua benda buruk tiada...

Friday, October 15, 2010

dan bila jiwa mula bicara


aku sudah membuat apa yang mampu,
lebih sudu dari garpu,
lebih indah dari neon lampu.
lebih bijak dari lagu,
hebat ganas mcm lembu,
dan ayat menarik ialah "thank you"

sekarang hanya lepas pada dr Yasser,
untuk bagi aku C,
atau bagi aku A,
selepas ini aku reda...

tinggal essay tesis.
pejam celik kena wat lagi,
hidup mcmni,
terikat dengan aturan masyarakat..

Wednesday, October 13, 2010

RE : Manusia ini

pada 567 yang lalu,
manusia bangun pagi dan tersenyum,
apa yang ada.
apa yang tiada
semua bagai ada,
kepada kawan ditegur,
kepada musuh teman menegur,
pada Islam ambo tegar,
pada yang kafir harbi
menanti cahaya sakti......

selepas 567 dari 1511,
kau dan kau, serta kau dan kau..
berbeza jangan kacau!
shhh!!!! apabila mati kelak,
Yassin baca sendiri ya?
(oppss!!!!! tok imam dari bandar Salak

Monday, September 13, 2010

RE : Pinjaman hati Mata biru

berseluar Evisu tahun 98,
baju seputih kain kapan,
lenggok jalan tangan menggengam,
laju macam lipan..
ah, kau sungguh anggun...

mata melilau ke kiri kenan,
tak bergerak depan belakang...
semua orang lalu, ada berjalan,
ada berkenderaan,
dia pula terhenti seketika,
namaun si mata biru melihat langit....


owh...hujan sudah mahu turun
laju dunia sangat laju,
sampai hilang semangat

Monday, August 16, 2010

RE : Puasa

Puasa menjelma kembali,
ada yang tersenyum ada yang bersimpati.
simpati pada diri,
setahun telah bergelumung dosa,
kini ampun pada Dia dipinta.....

Semua bersuka ria, di selatan jua Utara,
Timur dan barat pun sama,
Suasana Indah,

Masjid kembali diImarah,
terutama bila buka puasa dan Sahur,

Namun, ini hanya untuk sebulan sahaja,
Masjid penuh untuk penuh perut saja
Terawih sampai lapan saja
Bukan org lain, untuk aku jua

huh!!!