Showing posts with label Nur Kasih Spoiler. Show all posts
Showing posts with label Nur Kasih Spoiler. Show all posts

Tuesday, September 22, 2009

RE : Spoiler Nur Kasih 2


Spoiler Episode 18

Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis.
Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa
kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh
ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur
Sarah.


Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat
Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut
Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar
tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam
pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis
berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak
diundang..Katrina.



p/s : meskipun episode 17 agak berbeza dengan spoiler yang disediakan, namun, aku masih mengharap spoiler ni menjadi. hehehhehe X)

Wednesday, September 16, 2009

RE : Spoiler Nur Kasih


Spoiler episod 17

Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam.
Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, tapI Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar......

hehehhe, mulai saat ini, aku akan uploadkan sinopsis citer nur kasihuntuk tatapan semua blogger, yang sudi singgah di blog aku, pada sapa - sapa yang tidak mahu keseronokan menunggu citer Nur Kasih, do go away ;) dan jika mahu file link untuk sinopsis penuh cerita ini, silalah letak comment,

Jadi di-ingatkan-kan, bagi yang tak sukakan surprise dan tak mau la spoiler spoiler smua ni, jgn download ok. Bagi yang jenis tak suka tunggu (gelojoh) dan nak tau ending cita ni, silakan download.

p/s : kredit pada Sdr kamil.