Friday, January 8, 2010

RE : Dia malam ini


hurm, hari ini adalah pertama kali aku berada di kerusi Presiden. Hurm...Menarik, suasana kat atas sini sangat mengujakan, yang mana, seolah aku berada diatas puncak kubu duniawi...

tapi, di sebalik malam ini, aku melihat satu yang lain, menembusi dengan apa yang ada di atas kerusi ini. Aku memerhatikan dia. Dia yang satu dalam kolej ini...aku memerhatikan dari tampuk sini, dan berbagai benda yang baik, jahat, tak senonoh, biadap, cantik, dan jelita ada di dalam kepala otak aku....

Walaupun, apa yang jadi, aku tetap sayangkan dia^^

p/s : heee.....berendut2 lagi

RE : Ayat hari ini

Bila susah, jangan mengeluh
tapi pandang atas langit, dan Lihatlah betapa sukarnya masalah boleh terjadi^^

Sunday, January 3, 2010

RE : Dari kerana mata

Tolonglah, jangan kau pandang aku seolah kau memandang terus menembusi aku,
padahal pada mulutmu masih keluar perkataan sayang padaku








p/s : DANG!!!!!!

Tuesday, December 29, 2009

RE : GN 002 Dynames Gundam

Salam, ini adalah Gundam aku yang terbaru, GN 002 Dynames Gundam...dalam siri Gundam 00, dipandu oleh nama kod Lockon Stratos ( Neil Dylandy), Dynames merupakan unit kedua yang digandingkan bersama GN 001 Exia.

Pada penamat musim pertama, Dynames rosak teruk, manakala Lockon Stratos pula mati.^^
Walaubagaimanapun, Dynames dan Lockon Stratos adalah antara karekter yang paling macho dan cool^^.

LONG LIVE DYNAMES!!!!






salah satu model Gundam "unit sniper"^^



Thursday, December 17, 2009

RE : 100 post!


Ini adalah post aku yang ke 100!!!!!
wah, betapa gembiranya masa ini..namun, biarpun blog aku ni tak seberapa yang membacanya, terima kasih pada yang sudi menjengah^^

RE : pemenang adalah JAPAN!!!!

Semalam, berakhirnya 4th Asian Jr Softball Championship...
setelah 4 hari berlalu, maka, kejohanan yang gah ini tamat juga akhirnya..
Johan ialah Pasukan Jepun, diikuti oleh team China Taipei dan ketiga ialah team China.

Bagi sesiapa yang tidak menyaksikan perlawanan akhir, maka anda kerugian yang amat sangat!!!!


Team China Taipei

Team Japan

Team Indonesia



"kali ini, kami duduk aja,mereka menakutkan"

Team Japan Cooling Down



Change Fielding


Special Team : Technical Team^^

p/s : alangkah baik jika ada handycam dan SLR ya?

Tuesday, December 15, 2009

RE : 4th Asian Jr Softball Championship END!!!!

Esok, jam 2 petang, kita akan menyaksikan game akhir antara team terbaik Japan!!!!
Datang beramai2 ya,
waktu : 2 petang
Tempat : Padang A UPM
Tarikh : 16/12/2009

p/s : jiikalau miss, maka terpaksalah anda ke jepun untuk menyaksikan perlawanan mereka ataupun tunggu 10 tahun lagi untuk malaysia menjadi tuan rumah